Axology aku bakal telahpun mengalami beberapa rombakan drastik. Aku mengambil keputusan untuk me"let-go" beberapa lagi alatan muzik terutama yang berkaitan dengan bass, untuk mendapatkan dana-dana "segera" sebagai persediaan untuk menyambut kehadiran Lil'Ijau yang dijangka dalam 20-40 hari lagi (insya-Allah).

Sekadar gambar hiasan.
Ya, beberapa pengorbanan perlu dilakukan. Tak apa, alat muzik bila-bila boleh dapat aku hanya perlu bersabar, nanti selepas beberapa bulan bila keadaan dan kewangan dah stabil bolehlah mula "menggila" kembali. Tapi jangan risau, pastinya aku tak akan buat keputusan secara melulu untuk meninggalkan hobi dan minat bermain muzik secara mandatori, hahaha~
_____
Ada apa: Deja vu seperti dilema tahun lepas...






