Tahun ini katanya Swee Lee menyambut ulang tahun ke-80 di Nusantara.
Sebelum bertapak di Malaysia, aku hanya tahu kewujudan Swee Lee di Singapura menerusi entri-entri Bro Sub The Guitar Addict. Pernah menjejakkan kaki di premis Brash Basah mereka (yang katanya sudah tutup menjadi pusat servis) ketika ronda-ronda bandar Singa sempena konsert Iron Maiden tahun 2011.
Juga mengenali Swee Lee daripada Dead Eye Guitars yang ketika zaman kegemilangannya banyak mengambil stok dari Swee Lee Singapura. Charvel So-Cal Style 1 HH (Candy) aku merupakan satu daripadanya selepas mendapat tahu promosi daripada entri ini.
Urusan pertama aku terus dengan website Swee Lee (Singapura) adalah pada 2015 dengan memesan pedal board Boss BCB-30. Ketika itu harganya ditambah dengan penghantaran FedEx ke Bintulu masih jauh lebih murah berbanding harga rasmi di Malaysia.
Dan setelah Swee Lee bertapak di Malaysia, perolehan atas talian pertama aku ialah satu batch tali gitar D'Addario pada 2018. Pengeposan percuma untuk semua item kecil-besar (setakat ini) merupakan faktor utama untuk memilih Swee Lee berbanding premis lain.
Selepas itu hampir setiap tahun memang akan ada perolehan daripada website Swee Lee Malaysia. Contohnya aksesori, alat ganti, pikap (*490R, *490T, 490T Gold), pedal (*Spark Booster, NR300, *BDI21, TO800, MojoMojo Paul Gilbert) dan gitar (*JS32 King V, *DK2 Dinky).
Setakat ini belum pernah lagi mengunjungi premis-premis fizikal mereka di Malaysia. Masih ada menyasarkan beberapa item dalam katalog online/website mereka. Tapi atas faktor harga dan isu semasa masih menyelamatkan aku daripada menarik picu.
_____
AADI: *Sudah let-go.









0 comments
Post a Comment