![]() |
| This is MUP! No mask allowed :) |
![]() |
| Weapons of GREEN destruction. |
DiMarzio + Tube Screamer + Marshall distortion = you gotta love that "British" growl.
![]() |
| "...just another cover band, and this is madness!" |
![]() |
| 1st drummer - Bob Kandar. |
Setlist MUP (play-safe list) untuk BMF2013:
- Caught Somewhere In Time (intro)
- Wasted Years
- The Trooper
-tukar drummer- - Paranoid (Black Sabbath version with Megadeth's tempo)
- Fear Of The
DuckDark
![]() |
| X-11 gig debut! |
Berikut merupakan video persembahan penuh MUP/BMF yang dimuatnaik oleh Korawk di Facebook. Kualiti bunyi di bawah amat berbeza dengan di atas pentas, mungkin disebabkan keadaan ruang dalaman stadium yang bergema.
Post-mortem persembahan MUP:
- Aku rasa semua lagu yang dimainkan oleh MUP adalah pada tempo yang amat laju, kes adrenaline rush kot?
- Best bila ada dua orang drummer(s), bila penat, boleh ganti.
- Aku terlupa rangkap terakhir lagu Paranoid, hehehe...
- Secara rasminya, ini merupakan kali ketiga aku mengikuti gig, masih kurang pengalaman.
- Perlukah MUP cipta lagu sendiri? We're just another cover band...
Ini sajalah penonton yang ada semasa dan selepas persembahan MUP. Aku rasa persembahan MUP semasa Oktoberfest lagi gempak dan epik disebabkan penonton yang interaktif. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya Yong Joe Black terhibur di belakang sana - antara beberapa orang yang aku perasan sing-a-long lagu-lagu Iron Maiden.
Post-mortem keseluruhan BMF2013:
- Sound system dan equipment pentas memang tip-top, tapi disebabkan suasana dalam stadium yang bergema sedikit sebanyak mengganggu kualiti bunyi.
- Persembahan yang tidak mengikut jadual dan giliran.
- Beberapa pengunjung/penonton yang tidak sporting duduk di tepi pentas walaupun dah beberapa kali ditegur oleh pengacara majlis (Barangkali Marus).
- Penonton (crowds) Bintulu yang forever alone... Dan seperti yang dikomen oleh Adi Herman dalam entri lepas, penonton "pilih bulu" dan hanya menonton persembahan kumpulan kroni ataupun genre yang spesifik.
- Daripada gig ni aku dapat berkenalan dengan beberapa orang ahli muzik tempatan dan luar Bintulu.
Up the Irons \m/
_____
Ada apa: Kadang-kadang rasa malu bila tengok video persembahan sendiri.































