Terima kasih kepada geng-geng bloggers yang support Earth Hour Malaysia 2010 tadi walaupun tahun ni kurang mendapat sambutan. Gambar kat bawah ni aku ambil beberapa hari yang lepas kat foyer Park City Mall, sekurang-kurangnya ada jugak sambutan di Bintulu ni walaupun tak seberapa...

Pukul 8.00 malam tadi aku keluar dengan *ehem-ehem* aku pi dinner kat Kuburia (Medan Selera Taman Ria - sebab dekat dengan kubur, ia lebih dikenali dengan nama Kuburia di kalangan penduduk Bintulu), konon-konon bolehlah nak makan ala-ala candle light dinner.
Tepat-tepat 8.30 malam aku tengok keliling tadak sapa pun yang tutup lampu like nothing happens, even Shell kat seberang jalan pun tak tutup lampu (tahun lepas diorang tutup hampir 90% lampu ooo...). Gerai sebelah sibuk pasang AF8 kat giant screen pun tak tutup lampu. Atleast tutuplah 50% lampu...
Apa dah jadi? Adakah majoriti komuniti Bintulu tak sokong kempen ni? Atau diorang memang tak sedar langsung kewujudan kempen ni? Tak taulah kat area-area lain kat bandar Bintulu ni, harap-harap adalah sambutan.
Tapi memang tahun ni kurang promosi kat TV, radio mahupun suratkhabar tak macam tahun lepas. Karam Singh Walia pun tahun ni sibuk dengan Jom Heboh kat Kelantan (siap kecek Klate lagi jual durian)...
Entri Mini: Ada Apa Dengan Papan Tanda?
Picture of the day, susah nak terangkan...

Aku rasa kedai ni namanya Kuan Jing Enterprise Sdn Bhd... Tapi dah diorang dekatkan jadi lawak la pulak bunyinya. Sama macam kes syampu Ba Wang, sebab tulisannya dekat jadilah syampu BAWANG... Ala syampu Jackie Chan tu lah.

Imej cilok dari blog Cursing Malay.
_____
Ada apa: Rupanya Jackie Chan pandai cakap Melayu...
7 komen:
ijau, aku rasa bukan tak sapot.
Tapi, elektrik adalah satu keperluan, bukan kemahuan.
Sorry to say, tahun lepas aku tak tutup, tahun ni pun aku tak tutup apa. penting gila babi letrik nih. Kalau sejam bergelap, rugi sejuta pendapatan gua.
sbnrnya ramai yg keliru dgn kempen ni, sbb tu ramai yg tak sapot... ramai yg ingat kempen ni "jgn guna letrik selama 1 jam"
kempen ni sbnrnya suruh off lampu sahaja. yg lain2 mcm tv, fridge, aircon, pc tadak mention dlm kempen ni so xpyhla off. dan yg sapot tu bknla semestinya 100% bergelap. off berpada2 la... malasla aku nak explain pnjg2 benda dah lps
yg pastinya pd pndpt aku kempen tahun ni mmg gagal. gagal dari segi publisiti, gagal dari segi pemahaman rakyat, dan gagal dari segi sambutan... gagal segagal2nya
benda yang gagal, tak payahla buat lagi. macam kempen berenti merokok. :D
byk lg kempen2 yg gagal (atau kurang sambutan) contohnya:
- kempen kitar semula
- kempen kurangkan penggunaan beg plastik
- kempem tanamkan minat suka membaca
- kempen 1 rumah 1 pc
- kempen belilah barangan buatan malaysia
- kempen rumahku syurgaku
- kempen "tak nak!"
- kempen denggi/chikugunya
pada aku, kempen kurangkan beg plastik tu betul2 menyusahkan!
memang plastik tak baik untuk alam sekitar kerana sifatnya yang tak mudah reput tu...
Tapi aku rasa perlaksanaan kempen ni terlampau drastik dan memaksa. Ko pernah alami tak satu keadaan yang secara tiba2 ko kena beli barang banyak, kecik.... lepas tu ko heran dia tak bungkus kat ngko, ko mintak kat dia..
"KITA TENGAH BERKEMPEN PADA HARI ISNIN-RABU TANPA BEG PLASTIK"
aku rasa mcm nak karate kaunter cashier tu.... Nak angkat telur 4-5 paket pakai 2 tangan macam mana? hampes btul.
Kempen tu perlu...kesedaran lagi perlu...keadaan semasa juga perlu diselarikan dgn kempen.. sekadar pandangan yg tak berapa sen!!
muspeed:
aku teringat zmn2 shopping kat makro sg dua dulu... hang pnh shopping kat makro x?
skid:
tapi bro kempen dan kesedaran mmg xpnh selari, agaknya minda masyarakat kita masih lg di tahap yg menyedihkan
Post a Comment