Bila sebut pasal Kelly, ada tiga benda yang aku teringat...
1. Kelly's Heroes
Filem keluaran tahun 1970, antara filem yang bertemakan Perang Dunia Kedua yang lucu, best dan hampeh! Hahaha... Sebab plot utamanya bukan cerita pasal perang dengan Jerman, tapi perancangan sekumpulan askar Amerika yang nak merompak emas dalam bank yang berada jauh di belakang sempadan musuh. Clint Eastwood (hero favourite aku) memegang watak sebagai Kelly, info lebih lanjut pasal filem ni boleh baca kat artikel Wikipedia ni.
Imej link dari Wikipedia.
Btw, dulu aku ada banyak VCD filem-filem Clint Eastwood ni (versi cap lanun) terutama filem-filem koboi dan Dirty Harry series. Ntah sekarang kat mana dah, kena tapau la kot? Ni ada sedikit trailer untuk filem Kelly's Heroes.
2. Kelly Kelly
Sapa-sapa yang rajin tengok wrestling terutamanya WWE RAW kat Astro Supersport CH811 tiap-tiap selasa 10.00 malam, pastinya kenal awek ni. Barbara Jean "Barbie" Blank atau lebih dikenali dengan nama atas gelanggang Kelly Kelly. Antara alasan kenapa aku masih lagi tengok wrestling (yang sekarang dah kehabisan idea) selain HBK Shawn Michaels dan DX.
Imej link dari Wikipedia.
Kalau nak imej Kelly Kelly yang panas-panas, carilah sendiri...
3. Jackson Kelly
A popular electric guitar design by Jackson, made famous by Marty Friedman (Megadeth era), sleeker than Gibson/Epiphone Explorer (Wikipedia).
Jackson Kelly KE3
Ya ya... Aku dah order Jackson Kelly dari Dead Eye Guitars (menggantikan Dean VMNTx yang tak kunjung tiba) dua minggu yang lepas, sebelum aku buat entri survey hari tu... Tapi aku bukan order model KE3, mahal beb! Aku cuma order JS-series yang ekonomik (macam Gio-series Ibanez la) iaitu model JS32T Kelly. Yup, pilihan aku dan undian majoriti adalah sama... Maybe taste kita sama kot?
Jackson JS32T Kelly
(Yeah yeah... Another black axe for me)
Semua imej Jackson Kelly aku link dari website DV247.com.
Jackson JS32T Kelly (dan beberapa aksesori kecil-kecilan) dah dipos oleh Calvin DEG semalam (Khamis 11/3/2010), hopefully will arrive in Bintulu next Monday or if some miracle arrive tomorrow (Saturday).
_____
Ada apa: Kisah percintaanku dengan Kelly... Hmmm, macam pernah dengar je ayat ni ;)
6 komen:
HENCI... KELLY EKSEN... TAK NAK KELLY...
p/S; cap locks adalah di sengajakan....
why not go to the original - Explorer?
oriaj:
jai, abg ben offer gibson explorer + hardcase rm3k!
abg ben:
aku cuma brani beli gitar yg hrganya di bwh rm1.5k saja
lainla klu gibson explorer tu blh byr ansuran 12-24 bln (mcm kotsmamot la plak)
aku sokong pendapat abg ben....
why not? tak payah 2 - 3 kali setshun beli gitar.. takilala pasti akan rasa henci... muhahahahah
go for GIBSON
oriaj lagi:
blanja2 gitar aku thn lps xsmpi pun rm3k jai...
muspeed:
hang ada brani?
Post a Comment