Dah lama aku tak rancak order CD from eBay (bulan lepas ada dua CD - Dream Theater dan Joe Satriani, tapi belum buat entri lagi). Semalam 3/3/2010, sampai lagi bungkusan dari UK berisi CD album Dead Again daripada Mercyful Fate, yang sebenarnya aku joybid... dan menang dengan harga US$1.99+3.00 (f*ckin RM16.55!) sebab tadak orang lain bid.
Rasanya untuk entri-entri CD eBay tahun ni aku buat santai sajalah, malas nak taip panjang-panjang info itu ini. Dan tahun ni kena kurangkan dana-dana untuk koleksi CD atau DVD (paham-paham ajelah).

Seperti yang dinyatakan oleh seller (r4rock) CD ni cuma ada cover/inlay dan CD sahaja, tadak back cover (sebab tu kot tadak orang lain bid) dan datang dalam soft-cover plastik macam CD versi lanun. Tapi walau apapun, CD ni memang ori dan nampak baru walaupun statusnya used.
Tracklist
- Torture (1629)
- The Night
- Since Forever
- The Lady Who Cries
- Banshee
- Mandrake
- Sucking Your Blood
- Dead Again
- Fear
- Crossroads

Ntah dah berapa kali aku dengar lagu-lagu dalam album ni, dan tiap kali aku dengar terasa macam dengar album-album King Diamond (terutamanya album House Of God dan Voodoo), yang membezakannya hanya tajuk-tajuk lagu dan standard dark lyrics of Mercyful Fate berbanding story-driven concept album of King Diamond. Dan muziknya dah tak macam Mercyful Fate dulu-dulu, dah susah nak bezakan antara muzik Mercyful Fate dan King Diamond (kecuali solo-solo LaRocque untuk album-album King Diamond yang memang menyengat!).
Owh, btw ni merupakan album Mercyful Fate yang kedua dalam koleksi aku, Into The Unknown aku ada versi kaset, kalau versi MP3 rasanya complete discography kot? Tapi tak pernah dengar semua berbanding album-album King Diamond. Nanti-nanti kalau rajin nak cari album Melissa yang berhantu.

Kepada peminat-peminat tegar Mercyful Fate dan King Diamond, komen-komen anda diperlukan...
_____
Ada apa: Daripada album-album Mercyful Fate dan King Diamond la aku belajar vocal style howl, growl dan falsetto ala King Diamond.
7 komen:
aku rasa abg ben minat kat king diamond hehehehehe
... aku pun minat juga tapi tak fanatik sgt....
p/s: stock dana kawin ker dana kelly????
aku pun king diamond/mercyful fate dengar gitu2 jer...tak der satu cd pun..
er...kalau Nana buat hantaran gitar...kau buat hantaran cd ebay la pulak...
Aku setuju..setuju.. hantaran CD ebay..
kali pertama dengar lagu "melissa" puluhan tahun yang lalu membuatkan gua berkata "eh, apa ni? peliknya suara vokilisnye!"
gua terus suka dan menjadi peminat hingga ke hari ini.keunikan itu menjadikan mercyful fate antara pioneer genre black metal!
pada gua "melissa" dan "don't break the oath" adalah album mercyful fate paling hebat dan bepengaruh. selain keunikan vokal, mercyful fate mempunyai dua senjata paling bisa iaitu guitarist mr.hank sharman dan mr. michael denner. riff dan solo kejam! metallica jammin lagu mercyful fate di awal penubuhan dan menjadikan mercyful fate sebagai pendorong kuat.
selepas menubuhkan band sendiri dan mempunyai mr. andy la rocque, king diamond menjadikan mercyful fate seperti side projek. kurang hebat seperti dulu.
"...Melissa, can you hear me?
Melissa, are you there?"
jairo:
dana2 kawin dah diasingkan xblh kacau, dana2 gitar baru pun dah ada dan dah order, tggu brg smpi je... tp ada apa dgn kelly?
berteromber & skid:
klu dia suka cd2 ebay aku blh la jugak nak bg hantaran cd ebay. tp dia ni bkn jiwa kental, baru aku pasang lagu2 metallica/megadeth pun dia dah xtahan dgr... blm lg lagu2 growl dan howl mcm king diamond
gayour:
pergh the legendary bro gayour pun dah komen blog aku! welcome welcome! komen2 drp otai mcm ni yg best dibaca
Yes.. aku sama cam Gayour. Dengar lagu Mellisa dulu masa zaman tape Apache... dan tape tu masih ada sampai skrg..Tapi kalau KD.. album ABIGAIL tatap menjadi pojaan hatiku.
takilala:
melissa goban punya kan? (dulu klu kaset metal2 kompom semua goban yg beli)
abigail pun aku cuma ada versi kaset dubbing beli kat aunty campbell's. blm upgrade pi cd
Post a Comment