Ni lagi satu bungkusan yang dah lama aku terima 6/11/2009, bungkusan dari UK berisi dua CD iaitu Children Of Bodom - Something Wild dan Dismal Euphony - All Little Devils.
Dah lama sangat aku dah lost track dari eBay user mana aku beli kedua-dua CD ni dan berapa Pound Sterling aku bayar (malas nak bukak inbox check invoice). Well nevermind... Both CDs were new but unsealed.
Children Of Bodom - Something Wild
COB debut album, released somewhere in 1997. Tapi CD yang aku dapat ni rasanya second released. (C) 1998 Ranka Publishing (P) 1998 Spinefarm Records (P) 2000 Fono Ltd, licensed from Spinefarm Records. And it's also Russian press sebab ada banyak tulisan 'bahasa zargus' Russian yang sepatah haram aku tak paham dan ada notis THIS CD MUST NOT BE SOLD OUTSIDE RUSSIA, BELARUS, UKRAINE & KAZAKHSTAN... Wtf? Hahaha lepas jugak ke Malaysia, sama macam kes Crows Fly Black.
Aku beli album ni nak mencukupkan koleksi COB aku, tadak kaitan dengan apa-apa memori... So far, kecuali album live Tokyo Warhearts, rasanya album COB lain semua dah ada kot? (Hate Crew Deathroll belum buat entri lagi). Singles aku tak kumpul.
Janne nampak macam budak-budak lagi... Rambut pendek lagi :)
Tracklist
- Deadnight Warrior
- In The Shadows <- macam tajuk album Mercyful Fate je
- Red Light In My Eyes, Pt. 1
- Red Light In My Eyes, Pt. 2
- Lake Bodom
- The Nail
- Touch Like Angel Of Death <- ada hidden track keyboard solo selepas 5.58
But, what do you know? Best jugak lagu-lagu dalam album pertama COB ni, lagu Deadnight Warrior dan Lake Bodom memang selalu masuk dalam list konsert diorang. Seperti biasa alunan keyboard Janne membuatkan aku tak bosan dengar lagu-lagu COB ni, walaupun vokal Alexi aku tak berapa suka.
Guitar licks dalam lagu Red Light In My Eyes antara clean licks pertama aku praktis mula-mula aku belajar gitar tahun lepas. Dari pemerhatian aku, setiap kali album-album COB ni released mesti ada colour theme, perasan tak? Something Wild - merah, Hatebreeder - hijau, Follow The Reaper - biru, Hate Crew Deathroll - merah lagi, Are You Dead Yet?, Blooddrunk dan Skeleton In The Closet - hitam.
Dismal Euphony - All Little Devils
Aku tak banyak info pasal band Dismal Euphony ni, apa-apa baca kat Wikipedia, Encyclopaedia Metallum atau Myspace. Diperkenalkan somewhere in 2000-2001 by my metal IRC friend, Habsu. Album ni merupakan album kedua Dismal Euphony yang aku ada selepas Python Zero dan hanya dua album ni saja yang akan berada dalam koleksi aku - beli atas sebab nostalgic value.
(P)+(C) 1999 Nuclear Blast GmbH, German press.
Tracklist
- Days Of Sodom
- Rage Of Fire
- Victory
- All Little Devils
- Lunatic
- Psycho Path
- Shine For Me, Misery
- Scenario <- Senario ooo, wooooo~
- Dead Words
Lagu-lagu seperti Days Of Sodom dan All Little Devil mengingatkan aku kembali kepada zaman aku mula-mula menjinakkan diri dengan muzik Metal yang agak keras - Gothic, Death, Black Metal... Lagu-lagu dari King Diamond, Mercyful Fate, Cradle Of Filth, Dimmu Borgir, Borknagar dan beberapa band yang aku dah lupa namanya merupakan santapan harian aku waktu tu (semua mp3 donlod dari IRC atau Napster).
Setiap hari, ada saja lagu baru aku donlod dan lagu-lagu sebegini aku rasa memang sedap didengar tatkala orang lain (housemate) rasa menyampah... Hahaha, agaknya waktu tu memang aku bermasalah 'mentally unstable'.
Sekarang ni lagu-lagu keras yang vokalnya growl and howl memang dah susah aku nak digest, paling-paling pun yang aku masih boleh layan sekarang ni Mercyful Fate, King Diamond, In Flames dan Children Of Bodom. Sekarang aku lebih selesa dengar setakat Hard Rock, Heavy dan Thrash Metal saja, or any Metals with clean (or female) vocals. Agaknya simptom-simptom 30an kot?
Sapa-sapa ada cerita tambahan untuk dua buah album ni, silalah tinggalkan komen...
_____
Ada apa: Napster? Hehehe...
1 comment
dismal euphony - autumn leaves bg aku best! album yg memperkenalkan aku kat DE...
kat ebay mmg byk cd2 russian tapi x ckp dlm listing, tapi kira original la, bukan pirate.
Post a Comment