Mari, mari... CD eBay datang lagi! Aku rasa ni la bungkusan terakhir eBay tahun lepas yang belum aku review, dari UK diterima pada 11/11/2009. Berisi dua CD iaitu Children Of Bodom - Hate Crew Deathroll dan Evanescence - Fallen.
Macam biasa, malas aku nak korek balik invois dalam inbox Hotmail nak tengok dari seller mana dan berapa Pound Sterling aku menang bid kedua-dua CD ni. Yang pastinya kedua-duanya used walaupun jewel case dan retak-retak but everything else was in good condition.
Children Of Bodom - Hate Crew Deathroll
Kecuali album live Tokyo Warheart (dan Chaos Ridden Years versi CD), dengan adanya CD ni maka koleksi studio album COB aku dah lengkap (dan aku tak kumpul singles). Check-out Something Wild, Hatebreeder, Follow The Reaper, Are You Dead Yet?, Chaos Ridden Years DVD, Blooddrunk, Skeleton In The Closet. Dan CD ni merupakan satu-satunya album COB aku yang berstatus used setakat ni.
Jewel case dah retak, tapi sekarang ni aku dah ganti dengan yang baru. (P) (C) 2003 Spinefarm Records, A Universal Music Company. Made in the EU (UK press kot?).
Tracklist
- Needled 24/7
- Sixpounder
- Chokehold (Cocked 'N' Loaded)
- Bodom Beach Terror
- Angles Don't Kill
- Triple Corpse Hammerblow
- You're Better Off Dead
- Lil' Blooded Ridin' Hood
- Hate Crew Deathroll
Aku bukannya pakar mahupun peminat tahap tegar nak review setiap lagu-lagu (dan album) COB ni. Tapi seperti yang aku pernah review sebelum ni, lagu-lagu COB antara lagu growl & howl yang aku masih boleh digest. Selain In Flames (dan King Diamond), lagu-lagu growl & howl dari band lain memang aku susah dah nak layan sekarang ni.
Dan yang pastinya memang enjoy dengar muzik COB ni - heavy riff, cool licks, killer solo and especially disebabkan alunan keyboard Janne Wirman (Warmen) yang mengasyikkan selain solo Laiho yang killar (killer)... Walaupun kadang-kadang aku tak dapat tangkap sepatah haram apa yang Alexi sebut. Personal opinion - dari album ke album, COB ni nampak makin matang dari segi muzik dorang.
Owh btw, dengan overdrive BOD100 murahan aku dapat tuned-in bunyi seakan-akan bunyi bass Henkka.
Evanescence - Fallen
Debut album from Evanescence dengan lagu berhantu Bring Me To Life dan My Immortal kedua-duanya masuk dalam soundtrack filem Dare Devil. Aku mula-mula dengar lagu jadi lagu rasmi Pay-Per-View WWE penghujung 2002, kalau tak silap Survior Series kot? Yang lawaknya lagu Bring Me To Life ni member aku gelar lagu jatuh bangunan hahaha...
Amy Lee nampak nyum-nyum kat cover art ni. (P) & (C) 2003 Wind-up Entertainment Inc. Distributed by Sony Music. Jewel case pun dah retak-retak, sekarang dah tukar baru dah nampak macam CD baru.
Tracklist
- Going Under
- Bring Me To Life
- Everybody's Fool
- My Immortal
- Haunted
- Tourniquet
- Imaginary
- Taking Over Me
- Hello
- My Last Breath
- Whisper
Hampir semua lagu dalam album ni best-best. Kalau hayati betul-betul lirik kesemua lagu ni memang sedih-sedih je bunyi (lagu emo?) walaupun ada beberapa riff yang best... Aku rasa AyuChokiChoki suka la lagu-lagu macam ni. My personal favourite - Going Under and Tourniquet.
Aku bukan peminat Evanescence, sebab aku pernah try dengar album The Open Door, tapi macam tak boleh masuk. Beli album ni pun sebab ada nostalgic value, sekitar 2003 (tahun tadak gepren hahaha!) Penang's wasted years rajin main PC games - Warcraft III, NOLF2: Spy In The HARM's Way, main game sambil layan mp3 album ni, Let Go dan Something Wicked This Way Come. Bila dengar lagu-lagu dari album ni, memang akan teringat that spesific year.
Aku tadak apa-apa nak cerita pasal band ni, info lebih lanjut boleh layari website rasmi Evanescence atau Wikipedia.
_____
Ada apa: I'm going under...
4 komen:
nerzhul:
tadak nama lagu "beach of bodom" dlm tracklist... klu "bodom beach terror" ada
Evanescence...yg ni aku layan gak, pasal anak aku minat.. Aku layan aje le mp3 yg anak aku punya...
ngehehe...skali silap daa
apepun cob memang best. pukulan drum memang asyik..
Post a Comment