Mampan Mampatan


Cuba melarikan diri daripada GAS pedal Electro-Harmonix (EHX) dan kembali kepada Boss atas sebab-sebab tertentu. Pedal kali ini ialah stompbox Compression Sustainer (mampan mampatan?) CS-3, seperti biasa diperolehi daripada Music Master Studio.

Batch baru - kotak hitam.
"The CS-3 Compression Sustainer pedal compresses louder signals while boosting lower signals, providing smooth sustain without degrading the original sound quality. This is the perfect pedal for guitarists and bassists who want to sound their best."
- Hype website Boss.
Pedal compressor ni lebih kepada keperluan berbanding GAS kemahuan seperti pedal-pedal sebelumnya. Aku perlukan compressor untuk *menghadkan intensiti picking/strumming yang selalunya cenderung untuk strumming deras tak tentu hala (ala grunge) semasa jamming.


Seperti DD-3 ia dibekalkan bersama-sama bateri 9V jenis alkali, dan bukannya zink karbon seperti yang dibekalkan pada CH-1, DS-1, dan MD-2.

Dalam kesempatan yang ada, juga memperolehi adapter Boss PSA-230 terpakai (used) pada separuh harga daripada unit baru.


Ternyata adapter PSA-230 ni lebih stabil dan berbanding adapter Joyo OEM yang kuat humming dan kadang-kadang ada arus berlebihan yang terasa pada tali dan bridge gitar. Setakat ini, dengan arus 500 mA, ia mampu membekalkan kuasa kepada enam pedal jenis stompbox (5 Boss + 1 Korg).

_____
Ada apa: *Juga sesuai digunakan bersama-sama bass, satu markah bonus.

Brave New 15th World


Jika minggu lepas album Silicon Messiah dan Tyranny Of Souls masing-masing menyambut ulang tahun yang ke-15 dan ke-10, semalam album ke-12 Iron Maiden iaitu Brave New World pula menyambut ulang tahun yang ke-15.


Album yang boleh aku katakan sebagai pemangkin untuk aku meminati Iron Maiden dengan lebih serius berbanding sebelumnya yang hanya minat begitu-begitu sahaja (cuma ada kaset ARLO, BOTB, X dan XI).

Memori di sebalik pembelian album (kaset) ni ada diceritakan dalam entri tahun 2009. Lagu kegemaranku dalam album ni ialah Blood Brothers, begitu juga solo Janick Gers dalam lagu tersebut yang penuh emosi.

Entri Mini: Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan



1967? Siapa ada EP ni barulah kvlt!

One of the oldest known recorded Kaamatan song, ditujukan khas buat rakan-rakan dan pengikut AADI Sabahan.

_____
Ada apa: Rasanya cuma lagu The Wicker Man sahaja yang pernah dibawa jamming.

Ada Apa Dengan Oishi? (Part 4)


Entri Oishi kembali lagi! Kali ni dengan perisa yang tak gempak - teh (hitam) dengan lemon.


Berbanding tiga perisa lain sebelum ini (asli, genmai, madu lemon) yang menggunakan teh hijau, perisa kali ni menggunakan teh hitam (teh yang biasa kita minum).

Perisa sebegini sudah terlalu biasa (common) dan telahpun dipelopori oleh jenama-jenama lain seperti Season, Yeo's, Drinho, Lipton, Heaven And Earth, dll.

_____
Ada apa: Untuk perisa sebegini aku lebih suka Lipton.

Pelana Emas


Terjemahan terus daripada "gold saddle".

Menerima bungkusan eBay dari Singapura (tapi seller dari China?) Berisi CD audio set saddle gantian untuk Floyd Rose tremolo cap ayam, bukan original *Floyd Rose (FR) mahupun Floyd Rose Special (FRS), tapi saiz dan dimensinya retrofit dengan FR/FRS.


Diperolehi untuk menggantikan saddle FRS pada LTD M-103FM (Mirage) aku yang dah mula bermasalah semenjak beberapa bulan lepas, dah tak dapat kepit tali gitar dengan ketat.


Dibungkus mengikut ketinggian #1 untuk tali E dan E, #2 untuk tali A dan B manakala #3 untuk tali D dan G. Dengan radius 14 inci, hampir sepadan dengan radius Mirage iaitu 350 mm (~13.78 inci). Warna emas dipilih supaya sepadan dengan locking nut Gotoh GHL-2-G yang juga berwarna emas.


Aku agak kecewa dengan harga saddle FRS yang dijual oleh penjual sebelum ini dah naik daripada RM30 kepada RM40 seunit (bukan satu set = enam unit saddle) menyebabkan aku mencarinya di eBay.

Perlu ada The Key lepas ni.
Set saddle cap ayam ni cuma berharga US$7.99 + US$4.99 pos (RM48.40) dengan kualiti dan ketegapan yang boleh menyaingi FRS (setakat ini), tapi tak pastilah dalam jangka masa panjang.

Super 3 yang gagah perkasa.
Mirage ni paling banyak dimodifikasi (pickups) dan dibaiki (mostly FRS-related problems) berbanding tiga buah gitar aku yang lain (Goldie, Calypso, Dark Moon). Mungkin lepas ni nak "pimped" tukar tombol, strap button, tremolo arm dan machine head cap ayam warna emas jugalah, supaya ngam tengan tema black/gold.

_____
Ada apa: *Harga original boleh rujuk di sini.

Wordless Wednesday: Masih Relevankah KR1M?



Gambar hiasan.
_____
Ada apa: Harga di kedai runcit biasa lagi murah?

Ada Apa Dengan Alicafe Classic?


Alicafe classic (perisa asli) masih mengekalkan rasa yang sama, hanya penampilan berbeza. Dengan corak tin yang lebih ceria, remaja dan urban, konsep yang sama seperti tin perisa latte dan caramel dalam entri lepas.


Rasa kopinya yang unik, amat berbeza daripada rasa kopi tin jenama lain (Nescafe, Wonda, Ah Huat, Pokka). Dan aku perasan harga kopi Alicafe ni lebih murah (RM1.60-1.80) berbanding jenama lain yang rata-rata dijual pada harga RM1.80-2.50 untuk setin berisipadu 240 ml.

_____
Ada apa: Jenama Alicafe ni mula naik zaman Akademi Fantasia kan?

Souls Of Tyrant


Jika semalam album Silicon Messiah menyambut ulang tahun yang ke-15, hari ini album Tyranny Of Souls pula menyambut ulang tahun yang ke-10 (semalam Berteromber dah buat entri awal).


Ia merupakan album solo Kapten Bruce (Dickinson) yang keenam dan masih lagi album "terkini" (sebab belum ada album baru). Antara "my go-to album" bila dah tak tau nak dengar lagu/album apa semasa pemanduan jarak dekat/jauh.


Bila dengar lagu-lagu dalam album ni, secara automatik akan teringat memori tahun-tahun terakhir "wasted years" di Penang seperti yang pernah diceritakan dalam entri 2009 ni (dengan gaya penulisan yang rebellious ketika itu).

Dah berpakat dengan Azrol untuk cuba cover beberapa lagu daripada album ni - Abduction, Power Of The Sun, Navigate The Seas Of The Sun - untuk sessi jamming yang akan datang.

_____
Ada apa: Purple gold and blue, living colours every hue...

Blaze - Silicon Messiah


Album yang menjadi peneman pemanduan pergi dan balik kerja sepanjang minggu. Kebetulan hari ini merupakan ulang tahunnya yang ke-15. Silicon Messiah, album pertama Blaze (band Blaze Bayley) setelah keluar daripada Iron Maiden.


Untuk versi 15th Anniversary boleh rujuk entri Deaf-Angel, aku cuma ada versi asal cetakan SPV/Steamhammer. Semenjak memperolehinya daripada Rock At Large (kedai CD Dr. Ben) lebih empat tahun lepas, aku belum pernah buat entri pasal album ni.

Masih pakai jersi Iron Maiden circa Virtual XI.
Ada yang mengatakan Bayley mengundur diri daripada Iron Maiden untuk memberi laluan kepada Kapten Bruce (Dickinson), ada juga yang mengatakan beliau ditendang keluar. Aku tak pasti mana yang betul, tapi aku percaya beliau seorang yang gentleman kerana Iron Maiden dan krew masih disebut dalam ruangan terima kasih.


Album ini muziknya lebih berat daripada Brave New World yang keluar pada tahun yang sama, dan aku rasa julat vokal Bayley lebih sesuai dengan muzik sebegini (down-tuned) berbanding muzik Iron Maiden.


Walaupun album Blaze (Bayley) kegemaranku setakat ini masih lagi Promise And Terror (nostalgic value), tapi album ini juga memiliki beberapa lagu tahap killer, contohnya Ghost In The Machine, Born As A Stranger, The Brave dan The Launch.

Tengoklah kalau ada ruang dan peluang, mungkin akan cari juga versi 15th Anniversary (CD audio). Up the Blaze! \m/

_____
Ada apa: Do you want to live forever?

DIY Pedalboard Project, Reloaded


Masih ingat dengan penutup longkang (drain cover) plastik berjenama Apple Lady dalam entri lepas?


Ok, disebabkan ia dibuat daripada plastik yang jenis tahan cuaca, dengan bentuknya yang unik berlubang, ia sesuai dijadikan pedalboard DIY (ala Pedaltrain).


Dipasangkan dengan velcro (hook and loop) yang mudah didapati di premis menjual barangan menjahit ataupun premis jualan borong (wholesale) barangan China. Kalau velcro berjenama 3M mahal dan susah cari.


Sambungan "kaki" kayu sebegini adalah disengajakan untuk mendapatkan sudut (angle) yang selesa untuk memijak pedal. Dilekat menggunakan mounting tape dan skru. Percubaan pertama ni agak kasar tanpa sebarang modifikasi kepada kayu (tidak dihalusi dan cat).

Bahagian bawah.
Dengan dimensi 15 x 8 inci, ia boleh memuatkan sehingga empat buah pedal stompbox Boss yang disambung menggunakan TRS male coupler jack. Sama ada nak guna bateri atau adapter 9V disambung selari dengan kabel daisy-chain, tiada masalah (bergantung kepada situasi).

My simple gig-rig; DS-1, MD-2, CH-1, DD-3.
Masih ada ruang yang boleh memuatkan 2-3 buah pedal (jenis mini) lagi, mungkin ruang sebegini amat sesuai untuk tuner seperti Korg Pitchblack Portable dan/atau DI box kecil.

Decisions, decisions...
Tak kisahlah ia tak cantik asalkan berfungsi, sekurang-kurangnya dapat menjimatkan duit GAS pedalboard (Pedaltrain Mini?) yang boleh disalurkan untuk pembelian GAS lain.

_____
Ada apa: Mungkin akan buat lagi pedalboard DIY sebegini untuk pedal-pedal lain.

Wordless Wednesday: Sinki Ini Rosak




_____
Ada apa: Ok faham.

Ada Apa Dengan Yeo's, Jus Kelapa?


Ok, penemuan yang tidak disangka membuatkan aku ingin mencubanya. Dengan hype "made from real fruit, contains pulp", ia sememangnya mengandungi ketulan kecil isi buah kelapa.


Buatan Thailand untuk Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd. Harganya RM2.00++ untuk setin 300 ml. Pada pendapat aku, jika di tempat anda senang untuk mendapatkan buah kelapa muda sebenar, better go for the original. Airnya ada sedikit rasa pelik, lemak seperti rasa santan paket.

_____
Ada apa: Air kelapa dikira jus ke?

Boomers Calypso


Hampir dua tahun tali Charvel So-Cal (Calypso) tidak ditukar, kali terakhir semasa ulang tahunnya yang pertama pada bulan September 2013 dengan DR Strings Extra Life Evergreen.

Memang tahan tali Extra Life ni, sesuai dengan namanya, tapi disebabkan kekenyalan dah kureng, maka tiba masa untuk ditukar.


Pada mulanya ingin dipasang dengan tali premium D'Addario NYXL ataupun Ernie Ball Coated Titanium RPS Slinky, tapi setelah memikirkan beberapa *faktor, aku mengambil keputusan untuk memasang GHS Boomers (GBXL 9-42) sahaja, jenama dan model kegemaranku setakat ini.

*Sekarang ia dah jarang digunakan, tidak seperti zaman kegemilangannya (2012-2013) yang sering beraksi di pentas-pentas gig Bintulu. Oleh sebab itu, rasanya tidak berbaloi jika ia dipasang dengan tali premium tadi.

_____
Ada apa: Guna LTD (Mirage, Dark Moon) untuk praktis dan jamming santai.

Fallout Mode


Kadang-kadang teringin nak main PC game lama untuk mengembalikan nostalgia, begitulah kisahnya dengan game Fallout (versi sedut le~) yang dimainkan semula sejak beberapa hari lepas.


Sebenarnya aku main Fallout ni nak dapatkan suasana "post-apocalypse" sebelum menonton filem Mad Max: Fury Road, yang baru sahaja ditonton malam tadi di Star Cineplex.

Dan kebetulan latar belakang game Fallout banyak dipengaruhi oleh filem Mad Max 2: The Road Warrior dan beberapa filem bergenre "dystopian future, post-apocalypse" lain.


Berbalik kepada Fury Road, pada mulanya aku menyangka filem ini merupakan reboot filem asal, tapi ia sebenarnya merupakan filem keempat (sekuel) siri Mad Max, walaupun malangnya ia tidak dibintangi oleh Mel Gibson. Maaf, tiada *spoilers* dalam entri ni, hahaha...

Images linked from somewhere on the net.

_____
Ada apa: War, war never changes Who killed the world?

Ada Apa Dengan Oishi? (Part 3)


Ok perisa Oishi seterusnya ialah madu lemon. Berbanding perisa asli dan genmai, perisa madu lemon ni rasanya lebih komersil.


Bagi mereka yang dah biasa minum teh lemon (bancuh sendiri atau sedia minum) akan mendapati Oishi perisa madu lemon ni senang diterima tekak.

Perbezaan yang ketara ialah rasa manis madu akan meninggalkan *kenangan indah pada lidah anda, yang boleh diistilahkan sebagai "signature taste" untuk perisa madu lemon ni.

_____
Ada apa: *Rasa kimochi ye Portdy?

Wordless Wednesday: Sole Here




_____
Ada apa: Tunggal di sini.

Happy Birthday Lil'Ijau (Part 3)


Dah tiga tahun, dah jadi kakak pun dua minggu lepas...

[image removed]

Semenjak berumur dua tahun, Lil'Ijau lebih rapat denganku berbanding ibunya. Hikmah di sebaliknya dapat dirasa ketika kehadiran "orang baru" (si adik @ Ijau Jr.) di rumah.

Dan masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada pengikut dan pembaca AADI yang berpangkat (atau merancang untuk jadi) ibu di luar sana.

_____
Ada apa: Qayyum bila nak jadi abang?

Hepi;) Makeshift Studio Reloaded (Part 2)


Dengan kebenaran boss baru dan berlesenkan "aktiviti Kelab Sukan Dan Rekreasi", maka Hepi;) Makeshift Studio kembali beroperasi setelah lebih setahun tertangguh.

Small rig with big sound.
Tapi biasalah, bila dah nama studio bidan terjun (makeshift studio) ni maka kelengkapan seperti gitar, amplifier, drumset, dll ditanggung sendiri.


Oklah, sekurang-kurangnya ada tempat untuk melepas gian jamming selepas "kehilangan arah" disebabkan 36 Studio tutup dan studio sewa yang lagi satu agak tak berbaloi.


Oleh kerana aktiviti ini bernaung di bawah kelab, mungkin akan seret beberapa orang staf lain untuk menyertai, paling cikai pun sebagai vokalis. Buat masa ni, tahap kebingitan terpaksa diturunkan pada tahap slow rock, 80's dan 90's rock.

_____
Ada apa: Kebetulan pula tempoh hiatus aku dah tamat...

Tiub-Tiub Panas


GAS pedal Electro Harmonix (EHX) yang tak sudah-sudah, kali ni EHX Hot Tubes. Seperti biasa diperolehi daripada Music Master Studio dengan harga penghabisan stok.


Pedal ini merupakan versi isu-semula (re-issue) daripada versi CMOS Hot Tubes dan bukannya versi Vintage Hot Tubes yang menggunakan tiub sebenar.


Tidak seperti East River Drive (ERD), pedal ini merupakan perolehan yang agak "trial and error". Aku bersedia menerima hakikat jika bunyi pedal ini tidak menepati citarasaku.


Sebagai pedal tunggal, bunyinya lebih ke arah "fuzz" berbanding bunyi "overdrive". Bunyinya akan mula menjadi "fuzzy" jika tombol OVERDRIVE dipulas lebih daripada separuh.

Bateri Mike Matthews.
Seperti sudah dijangkakan, bunyi "fuzzy" bukanlah cawan tehku (my cup of tea?). Sebagai pedal sokongan dengan ciri bunyi sebegini, ia lebih sesuai dijadikan sebagai pre-amp berbanding booster. Atau mungkin ia sesuai digunakan bersama-sama bass.

Tapi, itu semua pendapatku yang temberang...


Perolehan kali ini juga disertakan dengan sebungkus tali gitar Ernie Ball Coated Titanium RPS Hybrid Slinky (9-46) dan dua bungkus tali solo Ernie Ball dan Elixir bersaiz 32 (fifth string) yang dipesan sebagai gantian/backup.

_____
Ada apa: Harap-harap set Coated Slinky ini tidak menghampakan.

Ada Apa Dengan Oishi? (Part 2)


Jika minggu lepas perisa asli, minggu ni perisa genmai (beras perang?) pula.


Ok serius, rasanya agak pelik tapi lucu (funny taste?). Agak susah untuk mengecam rasanya, seperti deja vu, pernah dirasa tapi lupa rasa apakah itu. Mungkin paling dekat seperti rasa cincau kot?

_____
Ada apa: Satu pengalaman baru minum teh hijau berperisa genmai ni.

Wylde Goldie


Bersempena dengan ulangtahunnya yang keempat minggu lepas (28/4/2015), Goldie dibelanja dengan tali baru. Kali terakhir ia dipasang tali baru pada bulan September tahun lepas.


Kali ini dipasang dengan Dunlop Zakk Wylde Icon (ZWN Medium, 10-46) dan ditala pada talaan Eb (E standard jika perlu). Ini merupakan unit terakhir tali gitar berjenama Dunlop dalam stok peribadi, selepas ini rasanya aku tidak akan menggunakan Dunlop atas sebab-sebab peribadi.

Mengikut pengalaman aku menggunakan Dunlop sebelum ini (KFK, 10-52, 9-46), hujung jari aku akan cepat hitam (residu nikel?) berbanding jenama lain. Mungkin kulit aku tak serasi dengan tali Dunlop kot?

_____
Ada apa: Berkarat dalam simpanan juga kadang-kadang bikin stress.

Wordless Wednesday: Ada Apa Dengan Mountain Dew? (Part 2)




_____
Ada apa: Seperti perisa Pitch Black, rasanya juga macam ice-pong...

Be With You... May The 4th


Baru perasan hari ni 4hb Mei (4th of May, May the 4th), mungkin sebab beberapa hari ni aku jarang online dan tengok TV baru teringat hari ni Hari Star Wars.


Master Yoda versi Happy Meal, satu-satunya action figure Star Wars yang aku ada (nampak sangat poser, hahaha). Aku rasa watak Seijuro Hiko diadaptasi daripada watak Yoda ni.

Ok, bulan Disember nanti ada Episode VII. Harap-harap jalan ceritanya tak kelam-kabut macam Episode III.

_____
Ada apa: Revenge of the Fifth?

Apple Lady 6" Drain Cover


Apple Lady memang terkenal dengan produk plastik. Dah lama aku intai penutup longkang plastik 6 inci Apple Lady ni di beberapa buah premis untuk membandingkan harga.


Seunit ini berharga RM8.40 (termasuk GST) di premis F, sedikit murah berbanding harga di premis M dan beberapa premis menjual perkakasan (hardware) yang menjualnya hampir RM9.00. Dengan luas permukaan atas 15 x 8 inci, amat sesuai untuk projek DIY.

Nak buat apa? Nak buat projek kraftangan keras tangan. Perkembangan projek selanjutnya dalam entri lain.

_____
Ada apa: Projek sebelum ini tak berapa menjadi.

EVH Custom Low Friction Pot


Memesan EVH Custom Low Friction Pot daripada Nonuz The Ego untuk menggantikan volume pot pada Calypso (yang dah agak keras) oleh kerana karekteristiknya yang sama (CTS, solid shaft) dengan bonus rendah geseran.


Sticker dan pick Nonuz The Ego disertakan bersama pembelian sebagai promosi (iklan). Tetapi agak sedih sedikit kerana menerima versi 250k sedangkan aku memesan versi 500k.


Nonuz bersetuju untuk menggantikannya, tapi aku rasa macam tak berbaloi (dari segi masa dan kos), adalah lebih baik membuat pesanan baru untuk versi 500k kelak. Jadi aku mengambil keputusan untuk menyimpan pot ini dalam stok, sama ada untuk kegunaan sendiri (jika ada Stratocaster?) atau untuk servis gitar rakan-rakan.

_____
Ada apa: Pot lagi?

Ada Apa Dengan Oishi?


Bagi mereka yang dah muak dengan minuman teh hijau berperisa bunga melati (jasmine), atau baru nak berjinak-jinak mencuba teh hijau, Oishi antara jenama yang amat disarankan.


Dengan hype "100% dibru daripada daun teh organik" rasanya memang jauh berbeza dengan teh hijau berperisa bunga melati yang ada di pasaran. Tidak kelat dan tidak juga pahit, just nice and khimochi oishi~

Buatan Oishi Trading Co. Ltd. Thailand, diimport oleh F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. Shah Alam. Dengan harga berbeza-beza mengikut premis, paling murah di premis TK dan SK dengan harga RM1.80 berbanding premis BB RM2.40 untuk sebotol 380 ml.

Terdapat juga tiga perisa lain - genmai, lemon madu, dan teh hitam. Disimpan untuk entri lain.

_____
Ada apa: Baru ada "masa lapang" untuk buat entri blog, amat sibuk beberapa hari lepas

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger