Model ni dah lama ada di pasaran. SX Pirate Series - ada tiga gitar (PEG1, PEG2, PEG3) dan satu bass (PBG2) dalam siri ni. Aku tau gitar SX ni tergolong dalam gitar murahan dan ramai yang pandang remeh pada jenama SX ni. Tapi pada mereka-mereka yang pernah 'test-power' gitar-gitar SX ni pasti akan kagum dengan kualiti dan bunyi yang dihasilkan (pada harga yang begitu ekonomi).
Sebelum aku memiliki Ibanez GIO, aku hampir-hampir membeli gitar SX Les Paul copy atau Santa Cruz Dinky look-a-like (waktu tu aku memang kemaruk nak beli gitar, tapi ekonomi kurang mengizinkan).
PEG1 - Stratocaster shape (with S-S-H pickups)
PEG2 - Les Paul shape
PEG3 - SG shape
PBG2 - PJ bass
Semua imej link daripada website SX Guitar.
Solid ash body, mahogany neck, 22 frets (except bass 20 frets), rosewood fingerboard, diecast black machine head. Tapi dengan harga antara RM500-800 dah boleh dapat gitar berbadankan kayu ash. Untuk info tambahan boleh layari laman web SX Guitar.
Apa yang membuatkan aku tertarik dengan Pirate Series ni ialah 'finishes'nya yang dipanggil Pirate Finish - Aku pernah pegang-pegang PEG1 dan PBG2 kat Zoso Music, memang nampak macam kayu buruk yang dicat warna hitam tanpa sebarang salutan berkilat (mungkin ala-ala kapal lanun kot?). Dan tak lupa logo LANUN yang tertera di belakang headstock. Bunyi? Entahlah... tapi yang pastinya seperti gitar-gitar SX yang lain (aku pernah test EG4k Series) pasti bunyinya berat seakan-akan bunyi Ibanez RG/GRG.
Oriaj - ko pernah test gitar-gitar SX tak?
_____
P/S: Antara gitar jenama murahan yang aku respek kualiti dan bunyi
12 komen:
kalau gua tak silap, Awang BPR pun pakai SX LP. Kalau tak silap la.....
thnx 4 sharing greenman.
nanti bila aku nak sambar bass sebiji, banyak aku nak refer kat hang ni...
muspeed:
yg tu aku xtau, tp aku pnh dpt info yg bunkface pun pakai SX (mlm AJL tu dorg pakai gibson ooo)
portdy:
klu bab beli2 bass/gitar tadak hal mau refer ngan aku. tp klu bab main, better tanya jairo... dia lg arif bab2 main bass
Pa'an Bunkface pakai LP tapi strum aja memanjang dengan plucking yang minima.
Sayang, bunyi LP tak keluar abis kalau asyik strum memanjang. Tentu kita biasa dengar signature bunyi Slash (luar) dan Joe Wings(dalam)... Tapi akhirnya orang akan kata:
"Duit dia,dia punya pasal la nak main macam mana pun"
aku tak pernah test sx ni nampak saja heheheh tapi bass dia tu aku tertarik juga... murah ker? macam cimca selalu tanya... "brapa tini?"
muspeed:
duit dia... apa blh buat, mcm kita ni stakat ibanez pun dah tekial2 pecah tabung :D
oriaj:
jai, LP/SG shape aku blh dpt dlm RM5xx drp deadeye. yg bass dan strat tu deadeye xjual, tp klu hrga di bintulu bass tu dlm RM8xx (so maybe RM6xx-7xx hrga di s'jung)
kaler/finish mmg best, mcm kayu buruk! non-glossy so xpyh lap cap jari lps main
mmg tertarik ngan bass tu
macam kayu buruk..
kalau aku main buruk pun orang tak mengata...
pergh...
macam nak amik jer nih. hahahahah
oriaj:
nnti dah green light kontek aku
muspeed:
bkn nak amik... dah amik dah pun~ hahaha. insyallah mggu dpn smpi
aku tak kisah kalau ko amik, sebab ko memang banyak gitar..
maksud ayat:
"macam nak amik jer nih. hahahahah"
sebenarnya ditujukan apada diri aku sendiri. wakakakaakaka
muspeed:
haa... apa lg? amik la, bknnya mahal mana pun RM5xx tutup sblh mata lepas gaji pun bleh dpt. hang cari kat penang klu hang xjmpa yg jual harga below RM600 kontek aku.
tp perlu ingt, model ni soundnya xmcm epiphone... sound berat ngam utk metal wooo!
aku ada gitar ni satu PIRATE PEG 2 BK..SX.. pehhh bunyinya sgt bagus.. dh macam gitar gibson yg slash pakai.. oleh kerana warna hitam tu aku kurang minat, aku gosok buang warna hitamnya.. skg warna gitar aku dah berubah..
Post a Comment