Sabtu 09/01/2010 - Aku bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi, lambat dari yang dirancang iaitu pukul 5.30-6.00 pagi sebab luangkan masa bersarapan dengan parents. Jadi aku anggarkan akan sampai di bandaraya Miri dalam pukul 1.00 petang.
Untuk rujukan pos-pos imigresen dan sempadan, sila baca entry the loneliness of the long distance driver (part 2, part 3, part 4, part 5)
Kompleks CIQ (Customs, Imigration, Quarantine) Lawas yang baru buka... lepas ni tak payah lagi nak singgah kat Pekan Trusan (pos imigresen Mengkalap) untuk cop passport.
Kat Temburong (Brunei) aku sempat singgah kat Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi, saja-saja nak tangkap gambar kat papan tanda ni.
Gambar hiasan
Pos Imigresen dan Kastam Puni, Temburong (Brunei), waktu aku balik dari Bintulu minggu lepas, pos ni memang sesak... tapi kali ni, heh~ aku sorang je?
Papan amaran kat feri sungai Pandaruan (sempadan Temburong dan Limbang) - btw, walaupun AWDA tu boleh digantikan dengan ANDA, tapi sebenarnya ia adalah singkatan untuk AWang dan DAyang, get it?
_____
Aku tiba kat Miri dalam pukul 2.30-2.50 petang, lebih lambat daripada yang dianggarkan. Disebabkan terkandas berbaris menunggu giliran kat feri sungai Trusan (20-30 minit) dan feri sungai Pandaruan (10-15 minit). Sampai-sampai Miri cuma satu tempat saja yang menjadi tumpuan aku - Bintang Plaza, sebab aku nak cari CD kat Speedy (Speedy lagi...) dan nak melantak prosperity burger kat McD (yang aku tau kat Miri ni cuma Bintang Plaza je ada restoran McD - betulkan aku kalau salah fakta). Cari parking je dah 10-15 minit, tensen aku!
Yeargh!~ Speedy Home Entertainment, tempat untuk mencari CD audio (atau DVD muvi) yang original dengan harga yang berpatutan selain CD-Rama Popular. Kat KK dan Miri tadak Tower Records, Victoria Music Centre dan lain-lain premis franchise yang menjual CD audio. Kedai-kedai lain kebanyakkan menjual VCD karaoke dan CD/DVD cap lanun.
Hahaha! Bargain gila-gila... 3 for RM30! Apa lagi? Aku sapu la CD Wings album Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Search album Rampage. Aku tak jumpa album Hukum Karma dan Belenggu Irama, nak juga kumpul album-album lama Wings dalam bentuk CD, kalau Search aku tak berapa minat nak kumpul (setakat ni aku cuma ada Karisma). Nanti aku buat entry lain...
Sanggup berbaris panjang semata-mata nak beli prosperity burger.
_____
Selesai dua hajat kat Miri, aku pun bertolak balik menuju Bintulu dalam pukul 4.00 petang dan dijangka sampai dalm pukul 6.30 petang. (Miri-Bintulu 200+ km, kalau maintain speed 80-100 km/j boleh sampai dalam masa dua setengah jam)
Kenapa aku suka ambil gambar matahari waktu driving?
Alhamdulillah aku selamat tiba di Bintulu seperti yang dijadualkan dalam pukul 6.30 petang. Daripada dashboard Imago aku (gambar atas), aku dah memandu dalam 563 km (aku dah reset 000 sebelum bertolak). Petrol RON95 semalam aku isikan penuh dalam RM50, setelah memandu dalam 550+ km dan inilah hasilnya... ada lagi baki petrol bernilai dalam RM10-15 memang cukup untuk pemanduan aku seminggu di Bintulu. Kiraan kasar RM40-50 untuk 550+ km, jadi senang kira RM10 untuk 100 km. Not bad is it?
_____
P/S: Seperti biasa, CD metal dan Klasik Nasional menjadi teman memandu...
7 komen:
Wah jimat minyak tu....
Berbaloi pakai Perodua ni..(sambil jeling Kancil Turbo aku...huhuhuhu)
nanti lepas kena kompang...takder la lagi loneliness of the long distance driver kan?...heheh
btw..thanks pasal info beast from the east...tapi sebenonya aku dah ada pun...2 bln yg lepas..hehe
oneliness of the long distance driver ke?
wekekekee~
kawen cecepat~
t ley couple of the long distance driver
skid:
rasa2 nautica jimat jugak ke? (or rush lg bagus?)
berteromber:
hahaha... aku lupa masukkan cd dokken dlm list entry aritu
ayuchokichoki:
jom kawen!
ijau
Awang Dayang tu kata ganti nama untuk tuan2 dan puan2 ker?
aku nak belajar gak...
rampage tu aku puas cr kt cni..mmg tkde dh la..huhu..
lawa gmbr buah tu!!
sori, aku baru perasan ada 2 komen blm jawap - 3 bln baru nak jawap hahaha
muspeed:
awang tu ganti nama utk awak (lelaki) same goes for dayang... tp blh juga dimaksudkan dgn tuan/puan
kordi pakcik:
cd rampage belambak kat miri dan kk, nak ke?
Post a Comment