Siapa tak pernah dengar lagu Sejati? Apa? Tak pernah? Tipulah! Kecuali hang dok dalam gua tanpa sebarang info media massa atau elektronik for the past 15-20 years. Album Wings yang ketiga (betul ke? Ni kena tanya peminat tegar Wings, terutamanya Takilala dan Speedrider) yang dikeluarkan pada tahun 1990 (aku baru darjah 5 ni beb) dan bagi aku merupakan album Wings yang paling menyengat! (sama macam album Karisma Search). Waktu tahun 1990 dulu, abang aku ada beli kaset album ni... Kira aku pun tumpang layan rock sekali la.
Album ni aku beli kat Speedy Video (bersama-sama dengan album Jerangkung Dalam Almari dan Rampage), Bintang Plaza Miri, Sabtu 9/1/2010 yang lepas waktu on the way balik ke Bintulu. Promosi RM30 for 3 CD! Dengan kata lain RM10 per CD yang pada kebiasaannya dijual dengan harga RM12.90 per CD. Not bad...
Seperti biasa, aku bukannya nak review album Teori Domino ni, pastinya mat-mat rockers memiliki album ni tak kira dalam format CD, kaset, mahupun MP3 (pring hitam ada tak?), dan korang semua tau betapa menyengat dan kick album ni. Dari lagu Rantai sehinggalah Alam Barzakh, memang layan!~
Sehingga kini, setelah 20 tahun selepas album ni dikeluarkan, lagu-lagu dalam album ni masih lagi enak didengar lebih-lebih lagi dengan kebingitan gitar Joe (menggunakan Ibanez Saber @ S series, seperti yang dinyatakan dalam inlay). Lagu kegemaran - Rantai, Sejati, Romania dan Alam Barzakh.
Beberapa bulan yang lepas jugak, aku ada beli album Teori Domino Revisited Jamming Session 07.1 versi VCD. Sessi jamming secara bersahaja dan santai yang dirakam terus. Memang enjoy layan diorang jamming kat studio (yang ada iras-iras makeshift studio kitorang minus the heavy equipments, hehehe perasan...). Sound oke sebab mixed in studio, cuma gambar kureng sket memandangkan sessi ni dirakam menggunakan handycam.
Ya, sebagai seorang collector, aku juga ingin mengumpul album-album Wings versi CD (ori). Setakat ni aku cuma memiliki lima album Wings seperti gambar di atas. Sekarang tengah mencari album Belenggu Irama dan Hukum Karma, so far album-album Wings bersama dengan Mus masih mudah didapati kat Speedy... Jadi kepada member-member bloggers, kalau-kalau terjumpa album Belenggu Irama dan Hukum Karma cepat-cepat maklumkan kepada aku.
Info lanjut sila layari website rasmi Wings. (Ayoyo~ VCD/CD Wings 21st Anniversary 2008 @ Planet Hollywood aku belum jumpa lagi!)
_____
Ada apa: Album-album Wings yang lain? Well, that was another story...
10 komen:
tahun2 ni aku tengah giler thrash...tak main dengar rock melayu...tapi Wings memang lain...antara band rock melayu yang terus aku follow...
rasanya kat JB banyak kali aku nampak Belenggu Irama dan Hukum Karma ni..ada lagi kot.
Dah nak lengkap tu koleksi...
Teruskan....
apa band pun album lama saja yang selalu best & classix. aku pun nak beli...
antara koleksi yang susah nak mampus nak dapat ialah:
1. Double Trouble 2
2. Opera Dalam Kenangan 1 (Wings & Superfriends)
3. Opera Dalam Kenangan 2 (Wings & Superfriends)
4. Best Of Wings (yang 1st punya)
Aku bukan tegar lagi sebab 4 yang atas tu aku takder dan aku takder pun LP Wings.
(dan aku tak hafal lagu-lagu Wings, nak jam lagu Wings jauh sekali)
ooo teori domino, zaman kaset dulu tahun 1990 kat sekolah..
maintain kehebatan dua kaset pertama wings.
tapi versi cd ni, tu trilogi tu semua dalam satu track..
aku tak berkenan sangat.
2. Opera Dalam Kenangan 1 (Wings & Superfriends)
3. Opera Dalam Kenangan 2 (Wings & Superfriends)
4. Best Of Wings (yang 1st punya)
tiga atas ni aku ada versi cd. ko try gi carik tempat ko
berteromber:
nanti klu jumpa bgtau aku, kompom aku nak beli especially hukum karma tu
skid:
mmg nak kumpul pun, asyik kumpul artis barat je, skali skala yg tempatan harus ada (janji rok)
mhagnoth:
camna nak sebut nama hang ni?
muspeed:
yg hang listdown mcm aku pnh tgk kat speedy 1borneo
aku musykil la hang ni, xnak ngaku peminat tegar wings - merchandise wings beli, forum wings pun join, RGR pun klu xsilap ada 'autograf' xkan lagu sejati pun xhafal?
deaf_angel:
aku nak try round2 bintulu kot2 ada jual, klu xde nnti aku try cari kat miri plak
Biru Mata Hitam Ku <-- ni pun susah cari ooo
IJAU
kalau ada, tolong belikan kat aku.. hehehehehe
takilala:
aku rasa speedy miri mcm ada lg album biru mata hitamku atau mr barbarik, aku pun xpasti album mana satu
muspeed:
hang nak album apa?
tgkla ujung mggu ni klu aku rajin nak pi miri
ijau.
4 album yang aku stake kat atas tu la...
Post a Comment