Pagi tadi hantar *ehem-ehem* aku pi terminal bas Bintulu, dia nak balik kampung sempena cuti panjang CNY. Dah lama aku tak merasa scene meriah balik kampung penuh sesak kat terminal bas (takla berapa sesak pun, aku rasa waktu nak cuti Gawai lagi sesak). Teringat dulu-dulu aku rajin ulang-alik (balik hari) Penang-KL-Penang, melepak Puduraya menunggu bas...
Bas dijadualkan pukul 11.15 pagi, aku terlewat jemput *ehem-ehem* dalam pukul 10.55 pagi. Jadi terpaksalah aku drive macam nak gila dari rumah pi terminal bas, mencilok-cilok, sharp turns... Lama dah aku tak drive gila-gila. Pucat muka *ehem-ehem* aku macam nak menangis pun ada >:) hehehe... Takpe, sampai jugak on time.
Bas pi Dalat lewat sampai dalam 10 minit daripada yang dijadualkan (yup, *ehem-ehem* aku orang Dalat, Mukah - nanti bakal jadi geng dengan adik Jairo). Sempat la melepak kat terminal bas, tengok suasana balik kampung.
Gambar hiasan - ni bas lain, bas pi Sibu bukan bas pi Mukah.
Lepas bas dah bertolak, aku pun membawa diri jalan-jalan cari makan... Target, D'Afeez Cafe. Kali ni makan nasik campur je (lauk daging masak lada hitam dan teloq mata masak merah) dan minuman kegemaran teh C special. Semua sekali RM6.00 kenyang sampai petang.
Cerita pasal makan, malam tadi sempat la keluar dating sambil-sambil mencari tempat makan yang best. Mula-mula pi Restoran Seribu Bintang, tapi disebabkan tak dilayan hampir 10 minit, kitorang pun blah cari tempat lain. Aku teringin nak makan ayam tandoori dan cheese nan, jadi PJ Corner merupakan target utama.
Teh tarik dan teh lemon ais (iced lemon tea la...), yup nothing beats originality and 'kick' of teh tarik Mamak!
Cheese nan yang agak berbeza penyediaannya, simple je bubuh cream cheese atas roti nan. Selalu aku makan cheese nan (kat Penang dulu) cream cheese dimasukkan dalam roti nan sebelum ia dimasak. Nevermind, as long as it was nan bread with real cheese... oke for me.
Ayam tandoori, rasanya memang sama macam tandoori kat Restoran Selera Murni kat Sg. Dua (USM), Penang - tapi malangnya restoran tu dah tutup.
Malam ni plan nak outing shoot gambar bunga api... 11.45-12.15 malam ada pesta bunga api (acara tahunan tak rasmi CNY di Bintulu). Guna Cyber-shot murahan aku je... Canon EOS 450D/500D Jabatan tak bagi pinjam :(
_____
Ada apa: Lepas ni mesti ada racun-racun DSLR ni, percayalah...
2 komen:
6 ketul for 1 meat 1 egg + drink.
quite expensive eh..
lain kali ceta2 pasal makan, aku suka haha..
anyway... cny ni giler babi ah, aku beli tiket advance last week pun dah tinggal dua/tiga seat.
kalo beli nari masih ada tiket tapi bas tambahan smua dorang jack price dah at least double yang ada
welcome to bintulu... RM6 tu pun bg aku dah kira murah dah tu. klu nasik kandaq abu aku bleh mkn 2 kali dgn RM6 tu
dorg tau kat bintulu ni ramai org minyak & org gas, sbb tu harga brg mkn pun mcm minyak
nak beraya punya pasal, tiket mahal xmenjadi masalah... patutnya gila rimau bkn gila babi, tahun rimau la katakan
Post a Comment