Semenjak Abang Ben menggegarkan dunia blog dengan entri pasal minuman Bundaberg (minuman ala Ostralia) kat blog krenmautnya, ramailah di kalangan kita geng-geng bloggers yang teringin nak merasanya. Akupun tak terkecuali...
Mula-mula aku jumpa Bundaberg ni kat Ta Kiong Emporium (supermarket berdekatan dengan pasar malam Bintulu) dengan harga RM3.40 sebotol, not bad for an imported drinks. Selepas tu memang kedai ni lah port utama kalau teringin nak minum Bundaberg.
My favourite - Bundaberg ginger beer.
Patutlah Bundaberg kat Ta Kiong lebih murah berbanding kedai-kedai lain di Bintulu ni - New World Mart RM3.75, Sing Kwong RM3.60 dan MDS Mart RM4.00. Tapi kira okela berbanding harga Giant di sekitar Kota Kinabalu RM4.29! (peneraju harga terendah di Malaysia my a$$!). Sebab memang diorang sendiri yang import. Kat penutup botol @ bottle cap (bukan band Bottlecapt hehehe) ada sticker tulis:
Diimport oleh:
Ta Kiong Emporium Sdn. Bhd.
42-48, Tuanku Osman Road,
96000 Sibu, Sarawak.
Oke... I'm chilling out with Bundaberg ginger beer, my favourite. CD album Somewhere In Time buat cameo appearance hehehe... Sebenarnya aku tengah perah otak cari idea ayat-ayat untuk entri album SIT ni, memandangkan berteromber dah terkena viral Iron Maiden aku.
Daripada respon geng-geng bloggers kat Facebook aku, diorang kata susah nak cari Bundaberg kat Semenanjung. Aik? Kat Giant, Tesco, Mydin tadak jual ke? Giant KK ada jual bah... Aku yang bermastautin kat Bintulu ni bernasib baik, sebab ada banyak port nak beli Bundaberg. Feast your eyes...
Ta Kiong Emporium @ RM3.40
Sing Kwong Supermarket @ RM3.60
New World Mart @ RM3.75, RM15.00 for packs of four
Packs of four! >:)
Bundaberg ginger beer light, kurang manis = kurang kick!
So far selain ginger beer, aku dah try perisa sarsaparilla (lebih kurang macam rasa sarsi F&N je), root beer (macam root beer A&W cuma ada sedikit rasa pahit), and another personal favourite lemon & bitters (yang ni susah aku nak explain rasanya, memang kick, kena minum pelan-pelan).
Kalau rasa-rasa nak tau perisa apa yang ada, boleh check-out website rasmi Bundaberg Brew. Saya tidak dibayar untuk iklan/promosi produk Bundaberg ni, harap maklum.
_____
Ada apa: Ramai yang tanya aku, halal ke Bundaberg ni? Pi tanya Abang Ben...
13 komen:
minuman ini ada dijual di sini tetapi gambar label tu takde lah si mamat tu tengah atur tong minuman. rasa berlainan kerana macam rasa hangus, ini yang buat lebih kick berbanding minuman root beer biasa.
bro sub:
bundaberg ada 2 versi label
1. mamat ketam2 tong beer
2. cap kanggaroo
ntah tak tau apa bezanya
kat s'pore berapa harga sebotol 375ml?
dunia semakin kecil kan? nak apa2 dari dunia mmg ada kat kedai kat mesia.
bg aku sarsaparilla jugak terbaik - 100x ganda terbaik dari F&N nye, tu pendapat aku la.
ginger beer ok gak, lagi 1 peach nye pun sodap!
Aku belum pernah rasa lagi...kalau terjumpa nanti, aku try le...
Yang aku beli kat Gurney cap kanggaroo ada tulis non alcoholic beverage. kira halal la kot. Sedap masa petang yang panas disaji dengan air batu...
Giant JB tiada bah.. kalau tidak sudah pasti gua sama Berteromber suda tertonggeng mabuk Bundaberg.
karang gua masuk 7E carik Kampai, abis cerita... hehehe!!!
Eddie...juga tiada di Tesco Jb...
mabuk sirap dah ler..
wanwarlock:
alaa... diorg yg kat m'sia (s'jung) merungut xjumpa2 bundaberg, negara koala & kiwi okela...
skid:
harus!
geng2 bloggers semua harus merasa bundaberg (minuman ala ostralia)
mhagnoth:
hebahkan kdp geng2 area penang, mai serbu gurney (plaza?)
eddie guerrerro:
kampai! yamseng!
berteromber:
pi nyeberang tambak johor...
takut lak tgk sbb dkt dgn shandy...
kordi pakcik:
hang blm kena penangan bundaberg lg... aiseh tgk shandy pun takut? lainla klu cap rimau
Halal ke
Rosyam Mart ada... Rege x tau le plak. P survey
dua komentar di atas, ini entri lama tahun 2010...
Post a Comment