Sabtu 10/4/2010 - Mulai hari ni sehingga Rabu 14/4/2010 aku ambil cuti rehat balik kampung, tapi kali ni versi flight menggunakan tiket free tahunan aku (tahun lepas punya daaa) bukan versi Tour de Brunei macam selalu.
Kebetulan dah janji dengan Takilala nak tengok gig Sickening Art Part 3 pukul 1.00 tengahari nanti kat Dewan Serbaguna Tanjung Aru, tempat yang sama waktu Manggas gig kat Breaking The Silence 2010 dulu (yang ada direview oleh Jairo kat entri ni).
Imej link dari Photobucket Sabahell.
Lepas dijemput kat KKIA dalam pukul 11.30 pagi oleh Takilala, kitorang pun menghabiskan masa pi ronda-ronda Centre Point untuk sessi CD raiding hahaha! Habis semua kedai CD kat Centre Point kitorang serbu terutamanya Speedy Video dengan tujuan mencari CD Ella USA (versi ada inlay) tapi tak jumpa. Walau bagaimanapun waktu belek-belek area CD artis tempatan aku terjumpa CD Wings Belenggu Irama, apa lagi tak banyak cakap aku belilah, nanti ada masa aku buat entri.
Sickening Art Part 3
Aku dan Takilala datang seawal 1.15 tengahari, Takilala terpaksa datang awal untuk memikul tugas sebagai "wartawan" untuk sebuah majalah Rock tersohor (sepatutnya Jairo yang buat, tapi Jairo tak dapat datang awal sebab ada exam, exam apa? UPSR kot?).
Walaupun dijadualkan bermula pukul 1.00 tengahari, tapi gig start secara rasminya dalam pukul 3.00 petang. Disebabkan aku tak kenal band-band yang main kat gig ni, jadi aku tak reti nak review. Mungkin Takilala atau Jairo akan buat review gig ni tak berapa lama lagi. Kita layan gambar sajalah ye... Taken with my cheap Cyber-Shot.
Mengantuk tengok diorang tengah buat soundcheck.
Ni tak silap band pertama yang perform. Crowds mula mendekatkan diri dengan pentas.
Mixer guna brand Peavey.
Ni band kedua atau ketiga kot? Waktu ni crowds belum mengganas lagi.
Waktu band dari Keningau [edited: band Face Of Decay] ni perform, crowds dah mula mengganas... Siap buat moshing dan stage dive! Hahaha yang gilanya crowds nak buat windmill tapi tak menjadi sebab tadak sambutan hahaha... Btw, Ibanez XP300FX nampak ganas di atas pentas
Ni kalau tak silap band dari Singapore (Jairo, Takilala - betulkan kalau aku salah) [edited: info pembetulan dari Jairo - ini band Kilatus dari Sandakan] yang dressing extreme gila-gila spikes, chains, boots... Siap inverted cross kat leher dan face-paint! Tapi imej ni dicacatkan dengan penggunaan cermin mata hitam @ shades. Biasanya orang yang pemalu je perform guna shades ni (malu ke bro?).
Aku rasa band ni [edited: info dari Jairo - ini band Pentuzera dari KK] satu-satunya band kat gig ni yang dapat menghiburkan aku dengan muzik diorang, walaupun memakai wig (nampak macam Awang BPR zaman muda-muda). Brother mainstream baju putih tu pun terhibur. Mungkin disebabkan muzik diorang ni ada unsur-unsur Thrash dan ada solo guitar hero (guna Ibanez JEM JR).
Ooops... Cameo appearance from Takilala.
Macam kenal je cameraman tu kan? [Edited: info dari Jairo - Naz Mantak bergaya dengan Mockingbird dan inverted cross pinjam hehehe]
Hahaha... Ini dia cameraman yang dimaksudkan! Jairo himself... Yang datang lambat gara-gara ada exam UPSR sepanjang hari. Disebabkan Jairo dah ada untuk menggantikan tugas "wartawan" Takilala, jadi dalam pukul 6.30-7.00 petang Takilala pun ajak aku balik. [Edited: info dari Jairo - band dari Singapore Balberith main last sekali, lagi 'mantap' bak kata Jairo]
Aku akan buat link/follow-up kat ruangan ni bila dah ada review rasmi daripada Takilala atau Jairo.
Kesimpulannya, memang aku sekarang ni dah tak dapat nak layan gig extreme Metal ni (Black/Death), tak macam 5-10 tahun yang lepas. Mana taknya, orang lain telonjak-lonjak kat depan pentas, aku duduk menyandar kat dinding rasa mengantuk pun ada dengar kebingintan bunyi gitar. Sekarang ni aku lebih selesa layan Hard Rock, Heavy, Speed, Power dan Thrash Metal sahaja...
_____
Ada apa: Yang best ada mamat extreme ni pengsan tak sedarkan diri sepanjang gig, mabuk overdose kot? Dah la jatuh pengsan kat belakang aku. Rugi ooo bayar RM18 semata-mata nak "tidur" dalam dewan.
5 komen:
halamak...best beb!
Aku pun dah kurang dengan Black/Death...cukup takat thrash. Sekali sekala buleh la.
uiks punyalah ensom mamat gambar last tu...
Jairo...hehehehe..aku rasa kamera tu lagi cun!!
adei kekekke penat aku posing kamera jak ngko puji?
Post a Comment