Bila tengok CD ni, memang aku teringat kat aunty dB Music Centre (Komtar, Penang)... Err, sapa namanya? Aunty Alice ke? (betul ke Mhagnoth?). Bulan Oktober/November tahun lepas aku berpeluang pi Penang (sebab kursus ada kat Balik Pulau), aku singgah melawat dB Music ni, konon-konon nak berborak dengan aunty ni (last sekali datang kedai ni tahun 2007) tapi malangnya aku datang awal, kedai belum bukak lagi...
CD apa? CD kompilasi The Very Best Of Dokken. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Dokken ni. Tapi dah selalu sangat dengar lagu diorang kat Braingell Radio macam best la pulak. Dan kebetulan CD ni album kompilasi, jadi paham-paham sajalah semua lagu memang best! Dan solo-solo George Lynch memang legendary...
Ada cerita sebalik CD ni, aku rasa Mhagnoth "akaijenuh" pun mungkin pernah mengalaminya... Aku memang berkenan dengan CD Dokken ni, tapi tak terniat pun nak beli memandangkan harganya RM43.90 (imported, German press) agak mahal bagi aku waktu tu (yang cuma kerja ketuk-ketuk casing kat kedai komputer). Jadi nak cover line, aku terlepas cakap suruh aunty tu simpankan CD ni untuk aku, nanti hujung bulan lepas gaji baru aku datang beli, memandangkan CD ni cuma ada satu unit sahaja... Tidak seperti yang di'janji'kan, memang aku tak datang pun hahaha! Lepas tu memang aku tak tunjuk muka lagi kat dB Music ni... (Sounds familiar Mhagnoth?)
Hahaha! Lucu je tengok dressing 80's dulu.
Selang beberapa bulan (aku rasa 4-5 bulan kot) time tu baru lepas PC Fair jadi banyak la income, barulah aku datang tunjuk muka kat db Music ni. Yup, kali ni memang aku datang nak beli CD Dokken ni (gamble je, kalau-kalau masih belum dijual). Guess what? Aunty tu memang masih simpan CD ni untuk aku. Dia tak lupa hahaha... Cuma dia sindir aku "hi, lama tak nampak?". (Don't worry aunty, kali ni memang datang mau beli CD Dokken).
Biasanya kalau kat dB Music sambil-sambil browse CD/kaset memang borak-borak dengan aunty tu, biasalah bab band-band Metal. Dan disebabkan aku ada sebut pasal "Iron Maiden", hasilnya aku dapat DVD Rock In Rio.
Aku sebenarnya dah ngantuk ni... Macam malas nak taip cerita panjang-panjang, nanti ada masa aku edit entri ni tambah apa-apa info yang patut (tracklist, label, pressing). Rasanya dalam entri Beast From The East aku ada cerita pasal CD Dokken ni.
To be edited...
_____
Ada apa: Breaking The Promise Chains...
7 komen:
Ni antara band 80's yg aku minat...
Under lock and key...antara album pertama dari Dokken yg aku beli..
Aku pon hehe selalu wat camtu. selalu 2,3 bulan aku baru ambik. Tapi auntie memang simpan punya kalau orang dah tempah dekat dia. kalau orang lain tanya memang dia cakap x. Apapun CD hang aku pos ESOK hehe. Esok baru ada masa nak p pejabat pos. Dah prepare packing....!
Alice....come x?
Dokken ada cover satu lagu The Beatles "Nowhere Man" - ada dalam album live One Live Night
dokken alrite la..
kalo boleh carik album dia yang live album dari early days dorang. dah lupa nama album..
makdatok gerek sey
skid:
nak kumpul ke xnak kumpul dokken ni? hahaha...
mhagnoth:
anak aunty tu comel :) dah besaq dah kot amoi tu la ni... cd apa hang hantaq?
portdy:
aku manjang je kalah bid album one live night tu
deaf_angel:
aku ada album live beast from the east
ada nombor telefon auntie tu x
Post a Comment