Rabu 19/5/2010 - Lepas habis exam PTK paper generic, aku mula-mula terpikir nak pi KL memandangkan masih lagi awal dalam pukul 4.00 petang dan cuaca amat baik tak macam semalam hujan je manjang. Tapi bila teringat belanjawan aku yang amat terhad, aku terpaksa batalkan hasrat nak pi KL.
Bagi menghilangkan perasaan bosan duduk kat bilik hotel main Internet (sebilik dengan veteran), seperti biasa Amcorp Mall merupakan hala tuju utama. Pi Giant beli sedikit makanan ringan dan minuman, kemudian beli majalah Guitar Legends dan PC Gamer UK kat kedai Reissued Magazine. Tak nak singgah kat Victoria Music Centre sebab semalam dah beli dua CD.
Aku perasan kat basement level (sama level dengan Giant) bawah escalator ada sebuah premis menjual barang-barang lelong, aku lupa nama kedai tu. Macam-macam yang dijual dari majalah, novel, komik lama, vinyl, CD, kaset, baju, kasut, gitar... Apa? Gitar pun ada? Yup memang ada jual gitar, tapi semuanya tak best, paling best pun gitar Kramer vintage made in Korea tapi harga tak berbaloi. Aku berminat dengan satu hardcase bentuk Les Paul (sesuai untuk Dinoscars aku) dengan harga RM80 sahaja! Tapi lepas aku periksa betul-betul dah banyak karat, pun tak berbaloi nak beli.
Aku jugak terkejut kat premis ni ada lelong effect pedals dan stompboxes berjenama Vox, Zoom dan Line 6! Mata aku tertumpu pada Korg Pitchblack tuner, dalam hati kalau benda ni dilelong dengan harga bawah RM100 memang aku beli. Tapi aku amat terkejut bila tengok pricetag untuk Pitchblack yang dilelong ni lebih kurang dengan harga "baru" kat CK Music!
Kemudian aku tengok pricetag untuk pedals dan stompboxes yang lain, disebabkan aku ada katalog CK Music dan selalu browse website CK Music, jadi aku tau harga pasaran produk-produk Vox, Zoom dan Line 6. Yup, memang semua barang yang ada, harganya lebih kurang harga "baru" dan ada sesetengahnya lebih mahal berbanding yang "baru". Apalaaa... Dah nama premis lelong, jual lah dengan harga lelong. Aku geram sangat tengok Pitchblack, Pitchblack+ dan Pocket Pod...
Tak kurang jugak dengan amplifier berjenama Line 6, Hartke, Peavey dan Marshall jugak ada dilelong dengan harga yang kurang menarik, harga memang tak berbaloi dengan status barangan lelong. Baik beli yang baru, kurang-kurang ada waranti...
Kat ruangan CD, Vinyl dan kaset memang banyak pilihan dan dengan harga yang agak berpatutan. Tapi kebanyakkannya artis yang aku tak kenal... Kalau Takilala ada ni, mesti abis dia selongkar semua vinyl ni. Vinyl paling best aku jumpa Michael Jackson Thriller, Bad (used) dan Metallica Death Magnetic (new & sealed) tapi dengan harga tiga digit.
Banyak komik-komik DC dan Marvel best-best kat sini, harga per copy pun berbaloi dalam RM3.00-5.00 kot? Tapi aku bukanlah pengumpul komik, hobi ni dah lama akau tinggalkan (zaman rajin kumpul komik Raja Rimba). Jadi, satu apa pun aku tak beli dari premis ni, Kalaulah effect pedals dan stompboxes tadi dijual dengan harga lelong...
_____
Ada apa: Aku ada jumpa bass B. C. Rich bentuk macam Fender Jazz bass kat premis ni tapi tak sempat nak ambil gambar. Gambar yang ada kat atas pun aku curi-curi snap.
5 komen:
lama dah tak pergi amcorp mall ni... nak kena pergi gak sekali...
Aku pun lama tak ke sini...dulu ada gak gi hari minggu.
Kedai lelong bawah escalator tu nama dia Joe's corner..
Kedai tu memang harga barang2 eletronik dia agak mahal. Tapi kalau datang hari ahad, memang agak gila2 dia punya harga..
Kawan aku dapat vcd Kepala Angin & Rozanna Cinta 87 dari kedai tu la...
amcorp mall naik tren terus sampai kl pe relaks2 hehe
abg ben & skid:
klu hobi audiophile, rc atau action figures mmg biru mata naik tingkat 2-4
zan:
ha! btl tu baru aku ingat ada joe-joe namanya... brg2 lain mcm cd, vinyl dan komik mmg best harganya
deaf:
klu poket berisi lebih, mmg aku dah pi kl dah aritu... pi bentley, ck, js, ultimate
Post a Comment