Ramadhan datang lagi, seperti biasa entri Ramadhan aku tak lain tak bukan pasal bazaar Ramadhan.
So far, kat Bintulu (town area) ada dua bazaar Ramadhan, aku belum ronda tempat lain, mungkin ada lagi kot? Tengoklah hujung minggu nanti, aku nak cuba ronda area Tanjung Batu, Pantai ABF dan Tanjung Kidurong.
- Bintulu Esplanade (tempat sambutan Maulidur Rasul hari tu)
- Tempat letak kereta Medan Raya (area depan My Music)
Bazaar Ramadhan @ Bintulu Esplanade.
Sama je macam bazaar Ramadhan kat tempat lain. 95% jual juadah berbuka, 5% lagi jual kain dan kraftangan. Favourite aku kali ni ialah nasi lemak kukus special.
Berbanding Bintulu Esplanade, aku lebih suka kalau BDA (Bintulu Development Authority) buat bazaar Ramadhan kat airport lama macam tahun lepas, sebab kawasannya luas senang nak parking. Kat Esplanade ni memang susah nak cari parking dan jalan pun jadi jem. Nampak macam BDA sengaja selang-selikan tapak bazaar tiap-tiap tahun - 2007 kat airport lama, 2008 kat Esplanade, 2009 kat airport lama, tahun ni kat Esplanade lagi.
Waktu sungkei (berbuka puasa, iftar) di Bintulu ialah 6.42 petang, manakala imsak 4.59 pagi.
_____
Ada apa: Masih mencari kat mana ada jual roti jala...
4 komen:
kawin cepat bro,
tak le ke bazaar ramadhan jek memanjang hehehehe
kalau lu nak roti jala, kat area Extra Kg Melayu Majidee ada, BBU pun ada, itupun kalau lu kat JB laa...
hehehe...
dah try Kurma dgn Stout..???
(itu cerita kat FB tadi...)
dah kahwin tak payah pi bazar? tak semestinya... kalu dah terlalu sibuk kerja, jaga anak, lepas kerja sampai rumah dah takde mood nak masak. lari pi bazar jugak cari makanan.
portdy:
klu kawin tu xmelibatkan 2 keluarga mcm ambil lesen kereta, mmg lama dah aku kawin
eddie:
dah 2 bazaar aku tawaf, xjumpa2 lg roti jala
kurma + stout = a good combo
bro sub:
nanti2 buatla entri pasal bazaar ramadhan kat s'pore
Post a Comment