Tak terpikir pun nak singgah bazaar Ramadhan kat Medan Raya lepas balik kerja hari ni, tapi kebetulan on the way pi supermarket Sing Kwong memang lalu kat sini, kira singgahlah kejap...
Kek lapis Sarawak, sebungkus macam gambar kat atas harganya antara RM25-27 ikut "kesedapan" dan "kekompleksan" lapisannya. Tadi dah runding-runding dengan akak yang jual tu, sebab nak order yang 8" x 8" punya! Huahuahua...
Tiap-tiap kali balik raya memang mandatori kena bawa kek lapis Sarawak dan gula nipah (gula nipah kat Bintulu murah), ikan terubok masin dah terkeluar daripada senarai mandatori sebab alasan jauh nak order dari Kuching.
Dah masuk minggu kedua Ramadhan baru terjumpa taufufah. Berbeza dengan taufufah yang biasa aku beli zaman kat Penang dulu, bekas taufufah ni agak "cetek" dengan harga yang mahal iaitu RM1.40 untuk taufufah biasa dan RM1.80 untuk taufufah selasih, dan kurang manis (agaknya pasal gula dah mahal kot?). Nevertheless, kira okela daripada tadak langsung... Jadi, aku beli taufufah selasih warna hijau ;)
Dan memang hari ni aku bernasib baik sebab nasi lemak kukus special masih ada lagi (belum sold out). Agaknya versi kat Medan Raya ni tak sesedap berbanding dengan versi kat Esplanade. Sama jugak, asalkan dapat beli makanan yang dihajati, alhamdulillah. Cukuplah dengan taufufah dan nasi lemak kukus special berlaukkan daging masak kicap. Air? Aku beli air kotak soya bandung Seasons je, baru RM1.70 sekotak 1 liter, daripada beli air kat bazaar yang rata-rata ais je lebih.
Kali ni selamba terang-terangan aku amik gambar guna kamera henpon... Selalu-selalu kandid dan curi-curi je.
_____
Ada apa: Sahur? Aku sahur makan cornflakes je...
6 komen:
ada lah teman sepejabat tu sempat jengok time saya tengah baca entry2 tentang Ramadhan, bazar & makanan... dia kata makanan dok kat sabah tu semua macam sodap...!
aku suka kek lapis blueberry
sub,
bila time lapar apa pun nampak sedap...
gua selalu kirim ikan terubuk bila ada kawan2 fly pegi Kuching. Cuma blom dpt rasa ulat sagu yg khabarnya lebih enak dan lemak. Sahur pulak bancuh oats dgn milo, dan 3-4 hari dah, kenyangnya terasa sampai petang.
(bukan apa, untuk jantung yg sihat biarpun paru2 penuh asap rokok.. hehehe...)
memang betul... kalau dan kebulur, kayu dgn batu pun telan... cobaan...
bro sub:
setiap kali pi bazaar, kena limitkan dgn 1 juadah utama, 1 juadah sampingan dan 1 air... klu x, smpi sahur mmg xhabis
muspeed:
la ni kek lapis "sarawak" kat mana2 bleh dpt, kat sabah pun byk jual (cuma harga skyrocketing la)... lps ni kena gelar kek lapis 1malaysia
eddie:
terubok masin mmg leceh la nak bawa blk sabah, klu xbungkus elok2... habis busuk satu kereta dibuatnya
ulat sagu kat pasar bintulu pun ada jual fresh gitu~ cuma aku xsmpi thp fear factor lg nak try (jairo dah pnh try hahaha)
aku suka kek lapis serawak ni
Post a Comment