Jumaat 24/12/2010 - Kali ni dengan dua orang gitaris undangan iaitu Azrol (bukan Azroy Hammett) anak kepada seorang daripada staff opis aku dan Hamdan (kawan Bob Kandar) dari Bintulu Port. Kedua-dua gitaris ni mempunyai latar belakang muzik yang berbeza, Azrol dengan Nu-Metal (jenis heavily dropped tune) manakala Hamdan dengan dunia Old-School 80's Rock.

Hamdan (kiri), Azrol (kanan), fail atas kerusi - lirik dan chords.
Dan kedua-dua gitaris juga mempunyai kemahiran yang berbeza, Hamdan lebih kepada sweet picking manakala Azrol lebih kepada heavy riffs and killer shreds. Kalau diberi pilihan, aku lebih prefer main dengan Azroy Hammett sebab dah serasi dan sekepala, tapi sekarang ni susah sangat nak ajak dia jamming (merajuk kot?).

English brothers, walaupun satu berasal dari China dan satu dari Vietnam.
Hamdan ada bawa gitar sendiri, Ibanez Gio GRG270 (macam Mephisto aku, cuma warna biru), tapi out-of-tune tahap kritikal (kena adjust spring di belakang) dan sebab malas nak buang masa tune gitar jenis floating bridge (Ibanez ILT bridge), aku bagi dia guna Replacement aku. Azrol menggunakan gitar sendiri, juga Ibanez Gio model GRX40 kalau tak silap.
Rupa-rupanya diorang tak tau macam mana nak tune floating bridge, hehehe... Terpaksa aku bagi tutorial lepas habis sessi.
Simple rigs setup:

Siap tulis lagi lagu-lagu projek yang (kononnya) akan dimainkan - Ranggi Metropolis, Coming Home, The Trooper, Singkong Dan Keju (eh?). Cameo appearance by Vox VT40+ (aku belum buat review lagi pasal amp ni).

Hamdan memang hebat main clean picking, tapi agak kekok kalau main distortions. In the end, kitorang lebih banyak layan lagu-lagu era Rock (kangkang) 80an - May, Lefthanded, Search, Wings, Sofea, dll. Dan yang pastinya lagu Pelayaran, Sketsa Sebuah Cinta dan Nur Nilam Sari antara lagu yang mencabar dari segi vokal.
Sessi jamming kali ni juga aku dapat "memandu-uji" dua equipment baru aku iaitu amp Vox VT40+ dan mikrofon DM4.0S. The performance of both gear was over-par, as expected from their brand name, but that was another story...
_____
Ada apa: Nasib baik Hamdan bawa lirik dan chords, kalau tak memang aku blank.
3 komen:
hehe.. senang bah itu.. Die hard fan Ibanez mesti tauk giney nak tune floating tremolo bridge. Best la bro dpt jamm Rock kapak! lamak dah x jamm lg ya,bln Dis lst yr ada jamm sejati-Wings.. haha ada juak feel zaman remaja!
nak syok tu kalau hamdan kasi ganding sama azroy... napa azroy merajuk? ko ndak buat entri pasal kenapa dia merajuk??
garyjazz:
lagi best sbb blh main sepuas hati, smpi bosan (atau penat)
oriaj:
aku rasa dia merajuk sbb aku xpinjamkan gitar waktu dia join BOTB...
Post a Comment