Tahun 2009 yang lepas aku ada cerita sedikit pasal Pekan Beaufort dalam entri ni. Dan aku ada snap gambar di bawah ni.
Rabu minggu lepas (29/12/2010), lepas beli dan pasang Sony Xplod CDX-GT180 kat Luie Thart Car Accessories, aku sempat ronda-ronda Pekan Beaufort. Dan memang tujuan aku ronda-ronda kali ni atas sebab nak cari Tugu Peringatan Starcevich ni (kes viral tugu di Limbang).
Bentuk plak (plaque) ni sama macam plak Serombong Kilang Rumbia di Bandar Mukah (under Malaysia Tourism), tapi tulisan plak ni dah pudar. Bukan, bukan plak ni Tugu Peringatan Starcevich yang aku cari, plak ni cuma info untuk para pengunjung (macam aku).
Aiseh, macam mana boleh salah ejaan nama "STARCEVITCH" tu? Sepatutnya "STARCEVICH", diorang ni buat plak tak double-check sebelum meletakkannya untuk tontonan umum? Aku rasa kalau anak cucu keturunan Starcevich tengok plak ni mesti diorang rasa sedih.
Oke, siapa sebenarnya Starcevich ni? Ni ada sedikit hype dari Wikipedia;
"Leslie Thomas Starcevich VC (5 September 1918 – 17 November 1989) was an Australian recipient of the Victoria Cross, the highest decoration for gallantry "in the face of the enemy" that can be awarded to members of the British and Commonwealth armed forces."
"The actions for which Starcevich received the VC occurred during the Borneo campaign of 1945. On 28 June 1945, during the capture of Beaufort, North Borneo, the leading section of Starcevich's unit came under fire from Japanese machine-gun posts and suffered casualties. Starcevich, a Bren gunner, moved forward and assaulted each post in turn, killing five of the enemy and causing the rest to retreat. Later, when the section was again held up, he adopted similar tactics and single-handedly captured two more posts, disposing of seven of the enemy."
Info selebihnya korang boleh baca kat Wikipedia atau website Sabah Tourism. Imej Starcevich aku link dari Wikipedia.
Sebenarnya aku terlepas pandang tugu peringatan ni, aku cari sampai atas bukit tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya tugu ni ada di kaki bukit saja.
Patutlah aku terlepas pandang, nampak macam batu KM tepi jalan.
Bila dah dekat nampak macam kubur je kan? Ni pun dah kira oke batu tu dah dicat putih, nampaklah oke sikit berbanding seperti dalam gambar lama di website Sabah Tourism. Pada batu tugu ni ada dua plak tembaga, besar dan kecil.
Plak besar ni bersempena memperingati peristiwa tahun 1945.
("Single-handed" pergh!~)
Plak kecil ni pula untuk memperingati kematian beliau pada tahun 1989.
Seperti dah menjadi tradisi Mat Salleh (especially British) untuk meletakkan tugu peringatan pada tempat-tempat bersejarah seperti tugu ni dan tugu di Limbang. Sekurang-kurangnya bila pelawat yang lalu pasti akan membacanya. Secara tidak langsung, sejarah dan tarikh peristiwa akan diingati (a good way to remember historical facts).
Lepas ni aku nak cari tugu peringatan berkaitan dengan orang tempatan pula.
_____
Ada apa: Somewhere in time...
1 comment
patut kena tukar plak tu kalau ejaan salah.
apa pun, good info , hari ni aku belajar something new pasal sejarah WW2 kat Borneo.
Post a Comment