Bungkusan poslaju ni diterima Selasa lepas (4/1/2011) merupakan satu lagi harta rampasan perang dari CK Music's 2010 Year End Sale (YES). Ia diorder pada saat-saat akhir YES (lepas YES, harga dah lain) dan sebelum CK Music menutup akaun 2010.
Dan benda ni sebenarnya diorder oleh member yang order G1N dulu, bukan aku yang punya. Disebabkan aku dah biasa berurusan terus dengan Bro Amizan of CK Music, jadi dia pun menumpang orderlah.
Apa barang?
Korg AX5G modeling (modelling?) signal processor.
Layout dan warnanya mengingatkan aku kepada ex-AX3000G (Behemoth) aku dulu.
Pakej yang ringkas - pedal, manual, resit dan warranty card CK Music.
Dari apa yang aku perhatikan pada pedal ni dan juga padal manual, efek-efek dalam AX5G ni tak jauh beza dengan AX3000G cuma dalam bentuk kompak.
Tapi kalau diberi pilihan dan pada bajet yang sama, aku lebih suka memilih Zoom G1XN berbanding Korg AX5G ni sebab aku dah biasa dengan pedal-pedal Zoom. Tak lupa pedal-pedal Zoom (kecuali model G7 dan G9) mempunyai built-in rhythm/drum machine (a bonus feature).
Plasticy expression pedal.
Saiznya juga adalah lebih kurang macam saiz Zoom G1X/G1XN. Yang bikin gempak, pedal AX5G ni made in Japan, tak macam pedal Zoom yang made in China (kalau dulu-dulu Zoom made in Japan).
Tapi yang tak bestnya, lepas benda ni aku terima belah tengahari, belah petang tuan punya dah tuntut, tak sempat nak bawa balik rumah untuk sessi "pandu-uji". Kalau tak, dapat juga aku buat review kecil-kecilan.
_____
Ada apa: G1u aku pun belum buat entri review lagi...
0 comments
Post a Comment