Selasa 15/2/2011 - Kesinambungan dari entri ni, dari Bras Basah Complex kami mula menapak sepanjang Victoria Street menuju Peninsula Shopping Complex.

Manggas LIVE in Singapore, sempat posing tu...
Sebenarnya navigator tukang pegang/baca peta salah tempat. Sepatutnya kami mencari Peninsula Shopping Complex tapi salah masuk ke Peninsula Plaza, sebab tu tak jumpa-jumpa premis yang dicari. Kalau premis-premis Thai banyak la... Padahal seberang jalan je, hahaha!
Oke, dipendekkan cerita... Lepas ronda-ronda di tingkat atas Peninsula Shopping Complex sambil menbelek-belek t-shirt, patches dan CD, kami turun ke tingkat bawah (basement). Ya! Inilah tempatnya!

Davis Guitar, kedai gitar yang pastinya menepati citarasa kami. Majoriti gitar dan bass yang dipamerkan adalah khusus untuk Rockers dan Metalheads - ESP/LTD, Edwards, DBZ, BC Rich and some PRS, Fender, Ibanez. Not forgetting Marshall, Randall, Kustom and VHT amps. I heard lots of stories about Davis from Bro Sub's blog (thE guitaR addicT!).
Seperti biasa "no photography allowed", jadi aku tak dapat snap gambar-gambar di dalam premis... Tapi kalau dari luar premis, itu cerita lain, hehehe!~

Rambang mata! Rambang mata!

Some signature LTDs, including Hetfield's Truckster.

ESP Phoenix, BC Rich Draco,
Panther Sexy Fingers II (colourful marble).

Alexi's signature SVs.

Gus G. signature Eclipse (kiri),
ESP Vintage Plus dan ESP Mirage (M-II?).

Some ESP/LTD Eclipses
Dua orang ahli Manggas tercegat memerhatikan gitar/bass di dalam premis ni. Seorang dah melirik mata pada bass Virgo/Virgin BC Rich, seorang lagi dah target V-shaped DBZ. Aku? Dana-dana yang aku bawa ke Singapura ni adalah amat terhad dan aku terpaksa kuatkan hati untuk tidak terpengaruh dengan gitar-gitar yang ada (especially those f**king Eclipses!).

And more Eclipses, damn!~
Bila dikira dengan kadar forex semasa SGD1.00 = RM2.44 (pada ketika itu), rata-rata harga gitar/bass di premis ni agak murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia (terutamanya beberapa model LTD dan BC Rich yang aku tau harga semasa).
Supaya tidak tergoda, aku mengalihkan pandangan pada sudut aksesori, terutamanya strings berdekatan kaunter. Mataku tertumpu pada DR Neon dan Dean Markley, seperti yang pernah dihadiahkan oleh Bro Sub kepada aku dulu. Agak premium juga harga DR Neon tu... Lupa pula nak tengok harga DR Neon untuk bass...
Kemudian mataku tertumpu pada jenama GHS, model spesifik GHS PRDM (Dave Mustaine signature Progressives) yang sememangnya dah lama aku cari (untuk dipadankan dengan Abominations aku).

Tak dapat beli gitar, beli strings pun jadilah...
GHS PRDM @ SGD8.70 (RM21.23) dan GHS Boomer @ SGD6.20 (RM15.13), memang agak murah kalau dibandingkan dengan harga pasaran di Malaysia - PRDM @ RM25-30, Boomer @ RM18-20 (Bintulu @ RM25). Disebabkan Boomer 011 aku dah trade dengan Dunlop KFK, jadi aku tak sempat merasa guna string GHS, sebab tu aku beli Boomer 009 (simpan dalam stok).
Kalau diikutkan hati, sehari suntuk pun tak cukup merambang mata di Davis ni. Tapi disebabkan lepas ni nak kena pi stadium, nak kena datang awal untuk secure FTTB bagi mereka yang memegang tiket Pen A. Terpaksa kami menamatkan sessi rambang mata. Yang dua orang tadi tu katanya nak datang lagi keesokkan hari.
Then off we go to Singapore Indoor Stadium!
_____
Ada apa: Ramai pula yang pakai t-shirt Iron Maiden di kompleks ni... Bila berselisih, kurang-kurang senyum atau mengangguk, walaupun tak kenal.