Khamis (27/1/2011) - Hari ni aku menerima dua bungkusan poslaju, satu daripada Engbok of yNot Studio (nanti aku buat entri lain), satu lagi dari Acap Ashportal seller/forumer kat forum Lowyat.net yang aku kata ada jual pikap (pickup) Tesla tempoh hari.
Beberapa hari lepas, aku ada cerita pasal pikap Tesla model Plasma-2, pikap pasif yang sesuai untuk 80's Rock, Hard Rock dan Heavy Metal. Selain Plasma-2, Bro Sub juga menyarankan model AH-1 kalau nak litar aktif pada gitar anda (walaupun Bro Sub bukanlah peminat pikap aktif). Mengikut kata Bro Sub, model ni amat "cemerlang" untuk distortions dan juga "gemilang" untuk clean tone - sesuatu yang tidak ada pada pikap aktif "berjenama" yang lain.
Jadi, untuk mencabar diri (dan rakus - istilah Jairo de Jiaro), aku mengambil keputusan untuk order set AH-1 (neck and bridge pickups set). Credits to Acap Ashportal, kalau bukan pasal mamat ni, ntah kat mana lagi nak dapat pikap Tesla di pasaran Malaysia ni...
Nice and neat packaging.
"This versatile humbucker is designed to give you the player a very powerful pickup that at the same time is very quiet (low noise), it has a powerful crunch when you need it with clear middle tones. Its active circuits include a preamp that is powered by a 9V battery."
- Hype dari website Tesla.
Still sealed, made in Korea.
Set includes: neck and bridge pickups, 4x 25kΩ potentiometer, 2x 0.22μF capacitor, stereo input jack, 9v battery connector, springs and screws. No user manual whatsoever provided, but wiring diagrams can be downloaded at Tesla website, depending on your guitar pickups configurations.
Harga? Set Tesla AH-1 ni jauh lebih murah daripada seketul pikap EMG 81/85 mahupun Seymour Duncan Blackouts AHB-1 (check-out the prices here).
Dah plan nak bubuh AH-1 ni kat Abominations aku menggantikan pikap stok Dean DMT yang ada. Aku tadak niat aku nak ganti pikap pada Replacement, sebab aku berpuas hati dengan pikap INF Ibanez (H-S-H) yang agak versatile.
_____
Ada apa: Ada rezeki lebih, nak order Plasma-2 pula, hehehe...
1 comment
mmg ngam pikap ni sama kau.. heheheheheheh pasif pikap baru best utk clean sound...
Post a Comment