[Scheduled entry] Pagi ni seawal 7.00 pagi, aku dan *ehem-ehem* memulakan perjalanan menuju Mukah seterusnya ke Dalat (Kampung Tanam) bersempena cuti CNY yang bersambung dengan cuti hujung minggu, dengan tujuan meneruskan fasa kedua "unfinished business" yang tertangguh sejak enam bulan lepas.
Daripada apa yang aku dengar, jalan Selangau-Mukah dah bertambah baik walaupun bukan 100% berturap (pilihanraya Sarawak dah dekat), tapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada bulan Jun tahun lepas. Harap-harap pemanduan aku meredah jalan ladang ni nanti tidak mengambil masa dua jam seperti tahun lepas.
To be continued...
[Mini Entri] Selamat Tahun Arnab
Oh ya, bersempena dengan CNY tahun arnab ni, Ada Apa Dengan Ijau? ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua... Tak kira geng bloggers, pengikut setia, pengomen tegar mahupun golongan silent reader, terutamanya kepada Calvin Chuah (tauke DEG), Engbok of yNot Studio, Miss Ng of Pusat Muzik Reco dan rakan-rakan Cina yang lain.
Imej link dari blog ku di halaman rindu.
_____
Ada apa: T-minus 12 days and counting! \m/
2 komen:
cuti tahun arnab di sana berapa hari?
cuti tahun arnab - khamis & jumaat
Post a Comment