Setelah mendapat pikap Tesla AH-1 Khamis lepas, aku menghabiskan malam Sabtu (dan malam minggu) dengan kerja buruh kasar dan elektrikal... Ini merupakan pengalaman pertama aku memasang pikap pada gitar dan terus-terus pasang pikap aktif (tanpa ada pengalaman pasang pikap pasif).
Kerja terbengkalai - hangin satu badan sebab soldering iron tak panas-panas! Terpaksa pi beli solder iron baru keesokkan harinya (btw, tukul sekadar hiasan sahaja). Aku pasang set AH-1 ni pada Abominations aku, untuk menggantikan pikap stok Dean DMT (diiklankan di Grune Katze Corner).
Mesti ada yang tanya "...tapi kenapa perlu buka neck?". Jawapannya - tempat aku memiliki ruang yang terhad, jadi kalau tak buka neck kebarangkalian bucu headstock terkena benda-benda lain amatlah tinggi.
Walaupun mengalami beberapa masalah terutamanya output yang tak kuat dan masalah volume knob yang tak stabil (bunyi statik krok krek), ia cuma masalah kecil sahaja - stereo input jack short-circuited (seperti dalam entri ni). Yang pastinya bukan pemasangan (wiring skill) aku yang salah.
Mission accomplished! Siap bubuh string D'Addario 0.012-0.052 gauge (aka string no. 12) tuned to B-standard (C-standard later on) for heavier sound.
Sound? Punchy distortions with ringy cleans... Tapi itu semua daripada apa yang aku dengar (telinga amatur), dan aku guna Micro-Cube pada volume yang rendah (1/4) sahaja, dengan VT40+ belum cuba lagi. Nak review lebih-lebih pun aku bukannya pandai main gitar.
_____
Ada apa: Adakah AH-1 ni klon EMG81/85 atau Seymour Duncan AHB-1 Blackouts?
4 komen:
sampel sound bang...
tahniah.. lepas ni mesti rs nak upgrade ah2 or ah3 plak.. (mcm aku)
:p
kalau guna amp besar mesti tone lebih agresif...
abg ben:
hehehe... (malu sbb aku xreti main)
jo:
lps ni maybe plasma-2 kot? tp aku dah "kehabisan" gitar utk diupgrade pikap
bro sub:
maybe sabtu/ahad nnti bawa jamming try dgn saturated vox VT40+
Post a Comment