Tengahari tadi aku menerima satu lagi bungkusan (awal pagi dapat bungkusan plastik biru), tapi kali ni bungkusan poslaju.
Seperti yang diemokan pada entri sebelum ni, dua hari lepas aku dah order buku ni dari MPH secara online setelah fed-up dengan kedai-kedai buku tempatan yang masih belum menerima stok buku ni.
- Title: A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Author: The Doctor himself!
- ISBN-13: 9789675997228
- Publication Date: March 2011
- Publisher: MPH Group Publishing
- Format: Hardcover, 844 pages
- Price: RM100 + RM23.95 (postage)
Terus terang aku katakan, aku bukanlah seorang yang rajin membaca (kecuali majalah yang banyak gambar) lebih-lebih lagi buku yang jenis tebal macam ni (844 muka surat!). Kali terakhir aku membaca buku tebal ialah buku Sun Tzu: The Art Of War.
Setelah menonton dokumentari biografi Mahathir yang disiarkan di History Channel (Astro Channel 555) tidak lama dahulu, aku teringin untuk mengetahui lebih lanjut cerita pasal Tun dari perspektif Tun sendiri. Dan inilah hasilnya...
Setakat ni aku baru baca 20 muka surat pertama, aku ni jenis lambat membaca, bukan lambat pasal baca seketul-seketul tapi baca satu dua bab mesti berhenti. Sebab kalau aku membaca buku macam ni lama-lama (berterusan lebih daripada 15-20 minit), berkebarangkalian besar aku akan pening, loya atau migrain - kes tak boleh menghadap benda monokrom lama-lama. Antara yang membuatkan aku malas membaca.
Ulasan? Pastinya aku tak akan buat ulasan (review) pasal buku ni. Kalau korang nak tau, sila dapatkannya di kedai-kedai tayar buku yang berhampiran, beli dan baca sendiri.
Cukuplah setakat aku salin sinopsis yang terdapat pada belakang buku ni:
The West has called him recalcitrant, racist, anti-Semitic and arrogant. The developing world, however, sees former Malaysian Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad as a visionary champion, the rare leader who gave every Third World individual reason to stand tall. Even his harshest critics cannot deny that, above all else, he gave some of the most neglected countries courage, showing the way to a more hopeful future.
But it was not without controversy. His 22 years at the country's helm has been characterised as both dictatorial and inspiring. Few leaders have been able to turn an entire country from a predominantly agrarian economy into an industrial powerhouse - fewer still have been able to do so within a short two decades.
Here, with surgical precision, Dr. Mahathir explores a nuanced history and scrutinises his won role in the shaping of modern Malaysia.
Dan aku berterima kasih kepada MHI TV3, minggu lepas diorang ada cerita pasal buku ni, dari sanalah aku dapat tau tentang kewujudan buku ni, kalau tak memang akupun tak tau.
_____
Ada apa: Lepas ni nak cari buku The Malay Dilemma.
5 komen:
Hahaha
Packing MPH ni aku tak berapa berkenan. Buku aku haritu rosak sikit disebabkan handling courier.
Aku pun macam mak beli. Tapi bila memikirkan 800++ mukasurat... alamak...
Ozzy Osbourne pun baru 40+ mukasurat aku baca................2 minggu!!!
memang laris buku ni...MPH JB pun dah berapa hari sold out...
aku pun teringin nak baca...tapi bukan sekarang kot...buku yang dah beli pun berderet2 tak baca lagi...Memoirs of Lee Kuan Yew yg budak opis aku bagi pinjam pun dah masuk 2 minggu tak terusik kat opis...
di rumah takde ler buku2 serious 'cam ni. ada pun buku by Marina Mahathir- In Liberal Doses. tu beli waktu muda2 dulu, belom kahwin lagi...
ofma:
buku aku smpi dlm keadaan excellent. kotak -> foam nipis -> plastic sealed
berteromber:
wei, ko xtunjuk lg buku pasal shawn michaels tu... aku nk tgk cover mcm mana (nnti nak cari hehehe)
bro sub:
so far, buku ni xdela serius sgt... it's a memoirs
OFMA: Aku
aku terlupa logout. wakaakakka
Post a Comment