Agaknya berapa ramai yang sedar kempen Earth Hour 2011 telahpun berlangsung beberapa jam tadi? Tapi yang pasti, housemate aku langsung tak ambil tau (ataupun tak tau langsung). Seperti tahun lepas, rasanya kempen Earth Hour Malaysia tahun ni kurang mendapat perhatian dan sambutan (sama seperti kempen hari Sabtu tanpa beg plastik).
Aku? Sepanjang satu jam Earth Hour aku bergelap dalam bilik, hanya bertemankan cahaya dari monitor LCD sambil main gitar lagu Fear Of The Dark (kebetulan) menggunakan Replacement secara unplugged. Terkial-kial main dalam gelap, manjang je salah tekan fret hehehe... Waktu ni lah rasanya best kalau ada Amplug, Pocket Pod atau Pandora Mini.
Walaupun kempen ni impaknya tak seberapa, ia lebih menjurus kepada kesedaran orang ramai tentang penjimatan tenaga elektrik. Terutama golongan macam aku ni (surfer, gamer, guitar/bass enthusiast) pastinya merupakan antara pengguna elektrik yang tinggi. Kempen, kempen juga, tapi akhirnya kena pada diri sendiri hehehe...
Sempat menjenguk keluar tingkap sekejap tengok blok sebelah... Selain daripada dua-tiga buah rumah yang terang, hanya lampu jalan dan lampu tangga sahaja (those were essential lights) yang menyala, rasa-rasanya dalam 70-80% bergelap. Mungkin disebabkan kawasan perumahan tempat aku tinggal ni majoritinya adalah dari golongan pendidik (kawasan perumahan guru), agaknya kesedaran tentang Earth Hour ni amat tinggi.
Sama ada kempen tahun ni berjaya atau tidak, terpulang kepada diri kita sendiri untuk menilainya. At least I've done my part, what about yours?
_____
Ada apa: Teringat waktu awal 80an dulu... Cahaya lampu pam minyak tanah paling kvlt!
4 komen:
aku tak celebrate, tapi aku supporter hehe
tak join pon smlm.mals takde mood.keh3
tak join...anak2 nak buat homework/study...heheh...
tapi pukul 12 lebih...blackout la pulak...ada le lebih kurang sejam...berpeluh jugak panas nak tido...tu kira Earth Hour terpaksa la tu...hahaha..
tak celebrate. not worth it. electric is my life. im an electric eater.
Post a Comment