Aku bukanlah peminat tegar gitar-gitar jenama Cort, setakat ni hanya *tiga model/siri gitar Cort yang aku minat. Tapi model KX5-FR White Pearl ni memang menusuk kalbu (terdapat juga dalam warna Metallic Black yang kurang menarik). Spesifikasi dan info tambahan sila layari website rasmi Cort Guitars
Imej link dari website Euroguitar.fr
Archtop, body binding, matching headstock, Motherbucker pickups (kalau bernasib baik dapat versi Zebra) dan split-coil push/pull pot antara yang membuatkan aku berminat. Aku pernah "pandu uji" model KX5 (versi fixed bridge) di Zoso Music, ia tak jauh beza daripada Ibanez RG dari segi feel dan playability (pendapat tak rasmi).
Harganya pun boleh membuatkan peminat gitar-gitar superstrat (macam aku) tersengih macam kerang busuk - harga pasaran Semenanjung Malaysia tak sampai pun RM1k. Harga untuk Borneo tak payah ceritalah, buat sakit hati je...
Simple review from The Tone King himself! TTK rocks!
*Selain model KX5-FR ni, aku juga meminati model CR200 (goldtop) dan siri gitar jahat. Mungkin KX5-FR ni masuk dalam wishlist 2011, tapi yang pastinya bukan dalam masa terdekat ni. Sebenarnya dah lama aku mengidam nak gitar warna putih, dulu hampir terbeli RG350DX atau PGM3 sebelum buat keputusan beli RG350M aka Replacement - yup, I'm an Ibanez RG fan.
_____
Ada apa: Minta-minta hujung tahun ni dapat bonus :)
0 comments
Post a Comment