Tengah sibuk-sibuk gawat nak berprojek mega pun sempat cerita pasal IDK sig Mark II (wannabe). Ibanez GSR200EX GSF (green shadow flat).
Ibanez GSR200EX GSF.
Yes green shadow flat, same colour as my former IDK sig Dinoscars (GAX010LTD). Bass ni merupakan model 2010, berbeza dengan GSR200 biasa yang mempunyai fusion pickup STD-P2/J2, varian EX (experimental) ni mempunyai pickup PPD4 yang dikatakan lebih punchier berbanding gandingan P/J. It's also sports black hardware rather than chrome.
Ibanez GSR200 BK (black).
Dan seperti varian GSR200 biasa, ia juga memiliki PHAT II EQ preamp (seperti yang ada pada Black Ice) yang pastinya akan menghasilkan low tone yang lebih menggoncang dada. It's also available in BKF (black flat) for those who're not into green stuff.
Ibanez GSR200EX BKF.
Sedar tak sedar ia mengingatkan kembali kepada bass pertama aku Crows (GSR190J). Berdasarkan pengalaman, bass Ibanez SR/GSR series merupakan antara bass yang stabil dan selesa dimainkan.
Oh ya, bass ni merupakan GIO series, dan ia tidaklah semahal yang disangka. Oleh sebab itu, secara rasminya ia dah termasuk dalam wishlist 2011 aku hehehe... Tapi nanti-nantilah, selesaikan projek mega dulu.
Imej-imej bass link dari website rasmi Ibanez.
_____
Ada apa: Model GARTB pun boleh tahan!
0 comments
Post a Comment