Menerima sebuah bungkusan poslaju dari CK Music semalam (Khamis 11/3/2011), yang juga masih ada kaitan dengan harta rampasan perang penghujung 2010 yang lepas.
Sebenarnya dah lama aku order benda ni, kalau tak silap beberapa minggu selepas aku memiliki Vox VT40+ (belum buat review lagi pasal amp ni).
Dan kebetulan CK Music berhutang dengan aku satu unit Vox VGS-30 cable yang sepatutnya aku dapat percuma dengan pembelian VT40+ (free gift Year End Sale) tapi kehabisan stok pada waktu itu. Baru awal Mac stok cable ni sampai, jadi kira hantar sekali dengan benda ni.
Benda apa pula kali ni? It's a Vox product, VFS5 foot switch.
Vox VFS5 foot switch, Vox VGS-30 guitar/bass cable dan resit. Harga? Harga pasaran mungkin mencecah RM200, but as a regular customer and VT40+ owner, I got this foot switch with some discounts, thanks Bro Amizan.
VFS5 foot switch was made especially for Valvetronix series amplifiers. Ia tidaklah sehebat dan secanggih Line 6 foot controller, VFS5 ni hanya mempunyai lima suis (1 x BANK, 4 x CH) dengan cable yang agak panjang (lima meter kot?).
Fungsinya sama sahaja seperti bank buttons (1 x BANK, 4 x CH) pada VT40+ nothing specials, cuma menyenangkan untuk menukar bank/channel (atau patches) dengan hanya memijak suis (macam stompbox/pedal) tanpa perlu menyusahkan diri untuk menekan suis-suis pada amp, sesuatu yang amat berguna bila jamming.
Cuma kelemahan foot switch ni, ia tidak mempunyai LED indicator pada setiap suis CH. Jadi kita tak tau CH apa yang sedang digunakan pada satu-satu masa (kecuali merajinkan diri menjenguk LED pada amp). Yang ada cuma LED indicator untuk BANK (red/green).
Vox VGS-30 cable? Alaaa tak payah cerita la, sama je macam branded cable yang lain. Thanks again to Bro Amizan for yet another prompt and smooth transaction.
_____
Ada ada: I hope Vox will remodel their foot switch design.
0 comments
Post a Comment