Entri kali ni ditujukan khas buat Muspeed.
Ahad (10/4/2011) - Hah, ni la dia Latip's Collections (Facebook page) yang aku sebut semalam. Ye, tak lain tak premis butik perkahwinan la beb, menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan bla bla bla...
Lokasinya terletak berhampiran dengan terminal bas Mukah (aku lupa alamat, nanti aku edit bila dah jumpa kad bisnesnya). Sejak sampai Mukah semalam, *ehem-ehem* aku tak sabar-sabar nak ajak pi naik butik ni.
Mula-mula aku melangkah masuk dalam butik ni, mata aku tertumpu pada "pasangan pengantin" ni. Gila beb, warna pink? Tak sanggup aku :D Hahaha! (Muspeed, hang sanggup ka?).
Lepas tu mulalah rambang mata nak memilih warna dan design baju pengantin. Bab pilih-memilih ni aku serah sepenuhnya kepada *ehem-ehem* aku, sebab kalau aku masuk campur pastinya aku nak semuanya warna HIJAU.
Dah mula pikir bukan-bukan.
Baju fesyen tradisional Melanau (un-accessorised).
Aku memang teringin nak bersanding pakai baju tradisional, tak kisahlah baju tradisional kaum apa asalkan eksotik. Kalau boleh nak pakai baju eksotik Elvish macam Lord Elrond dalam filem trilogy LOTR.
Tapi disebabkan *ehem-ehem* aku orang Melanau, ada baiknya aku mencuba baju tradisional Melanau, end-result mungkin seperti imej di bawah ni.
Imej link dari Facebook Latip's Collections.
Bermulalah sessi *trial and error, cuba mencuba baju yang ada. Gambar di sebelah kanan tu sekadar mencuba saiz baju, end-result may differ.
Dari apa yang aku perhatikan, harga pakej perkahwinan di Latip's Collections ni agak murah, berbaloi dan lebih banyak pilihan berbanding beberapa butik perkahwinan yang pernah aku survey di Bintulu nun.
*Gambar tuan punya blog mencuba baju tidak dapat disiarkan sebab semuanya sendat-sendat belaka (tadak saiz, nak kena alter sikit) hahaha!
_____
Ada apa: Sesak napas kontrol perut...
11 komen:
satu blog yg lengkap adalah daripada penulisan yg menarik,. cuba lagi mengarang dengan baik,..
jgn lupa cari follower ramai2 yer dik,. kalau tak reti nk cari meh sini saya tunjuk ajar kan
kau ngam pakai pink.. pasal ko sama ehem2 kulit putih... tapi baik jua ko pakai pakaian tradisional melanau... bila lagi kan? alang2 dah kawin org melanau...
mcm ni lah:
aku tau AADI bknla sebuah blog yg lengkap, dan penulisan/karangan aku bknlah yg terbaik... tp sekurang2nya ia merupakan ayat aku sendiri dan bknnya copy/paste dari web/blog lain (unless mentioned)
yg lain2nya aku dah terangkan dlm ruangan dislaimer @ "dari pc/netblog blogger" kat bwh. biarla sikit followers asalkan followers setia dan aktif, lgpun AADI ni blog yg low profile
oriaj:
jai, baju melanau mmg dah kompom :)
Friend, you have a great blog, keep it up.
oit, lawa2 la baju.. semoga semua berjalan ngan lancar dalam proses2 persiapan yang mencabar ni.
hehehehe mesti tak baca habis2 lg blog aku kan,. banyak lagi hasil idea aku,. bukan semua aku copy paste,. byk sumber2 berita aku ambil dari bernama, afp , ap berita harian, kosmo dan lain2,. cuba plak ko buka label perkhidmatan , kesihatan, petua dan cerita lawak dalam blog aku, kebanyakkan nye hasil tulisan aku, gambar2 dari pakcik google,.. jgn la kedengki sangat,. banyak cara nak kreatif bukan dengki sesama bloger ye, harap2 adik2 semua cepat pandai yer. jgn lupa cari follower ramai2 baru blh kutuk blog org lain. btw saye dah remove blog awak dari bloglist saya. terima kasih.
deaf:
"proses2 persiapan yg mencabar" mmg mencabar bro... fizikal, mental, spiritual dan ekonomi pun turut tercabar. harap2 dipermudahkan, amin~
mcm ni lah:
oke, terima kasih
susah jugak kalau ramai follower tapi kita tak kenal sangat ngan follower tu.. lain la kalau blog2 gossip... macam kita ni more into personal punya story mau share pun kepada org yang satu kepala dan sama minat sama kita.... hahaha blogger2 meleis... aku vote baju warna pink!!!!!!
aku setuju ngan ko...bukan semua org tulis blog untuk cari follower...tapi kalau ada org nak follow tu kira bonus la kan...
rock n roll blogger united...heheh...
aku ni walaupun polower aku tak sampai seratus tapi yang bestnya 80% aku kenal dan mereka mmg ngam kepala ngan aku. yang paling best ada di antaranya boleh sama2 banging dan nyanyi bagai nak rak ketika menonton konsert rock di singapura.. pergghhh sejujurnya aku masih trauma dgn kejadian tempoh hari....
weeiii korang semua dah add aku kat bloglist korang ker?? kalau tak nanti semua aku remove biar padan muka aku.... muhahahahahahahahahahahahahahah
p/s: aku pernah terbaca di majalah pengantin kapel tu kahwin pakai baju X MEN... nah... apa lagi...boleh la try pakai baju wolbarin... yellow spandex....
cilakak ar ijau... hang macam dapat menghidu.
YES. Kenduri sebelah perempuan Metallica akan memakai baju berwarna pink. hampeh....... hahhahaahaha....
Post a Comment