Untuk episod TLOTLDD 2009 boleh rujuk di sini (part 1, part 2, part 3, part 4, part 5).
Entri versi malas menaip ayat, kalau ayat/perenggan panjang pun mungkin aku tengah emosional (bukan trans-nasional)...
Bertolak dari Bintulu seawal 6.00 pagi. Perjalanan yang lancar dari Bintulu ke Miri, dengan pemanduan santai 80-90 km/j bertemankan lagu-lagu Blaze Bayley.
9.15 pagi - Sampai di area Permyjaya, Miri (dah dekat dengan sempadan Brunei), singgah McDonald's drive-thru, bukan order drive-thru tapi singgah eat-in...
Eat-in sebab nak online, nak tengok emel, Facebook, Blogger dan check entri ni (scheduled-entry). Menu masih lagi menu breakfast. Huha huha terlalai online dalam sejam dibuatnya...
10.23 pagi - Bila sampai imigresen Sungai Tujoh (Brunei side), my worst nightmare begin, jem... Sangkut dalam 15-20 minit. Awat imigresen belah Malaysia tadi tak jem?
12.37 tengahari - Hampir dua jam kemudian bila sampai imigresen Kuala Lurah (Brunei), jem lagi... Sangkut dalam 30 minit, puas aku karaoke lagu Blaze Bayley menahan geram.
Beginilah keadaan biasa dalam cockpit Imago aku (tanpa co-pilot), sebakul bekalan makanan dan minuman untuk 10-12 jam pemanduan (100 Plus, Red Bull, Milo/Nescafe tin, RO water, Chipsmore), bakul kecik berisi 10 CD metal (oops, kantoi burger McD). Kalau balik waktu bulan puasa (balik raya), lain pula ceritanya...
2.31 petang - Di penghujung area Limbang menuju feri Pandaruan, sempadan Limbang dan Temburong (Brunei), jem nanas satu jam lebih menunggu giliran naik feri.
Padahal menyeberangi Sungai Pandaruan menaiki feri ni bukannya jauh mana pun (kononnya 20 meter), tak sampai 10 minit. Nak harapkan jambatan? Baru sekarang kerajaan Malaysia dan Brunei terpikir nak buat jambatan...
"LIMBANG: Pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Pandaruan yang memisahkan Limbang di Malaysia dan Temburung di Brunei bakal dibina tahun ini dengan kos RM25 juta..." - artikel Berita Harian Online.
Kalau tahun ni (2011) mula pembinaan, maknanya paling cepat dua tahun baru siap, macam jambatan Sungai Trusan di Lawas (alhamdulillah dah mula beroperasi waktu raya tahun lepas).
3.49 petang - Setengah jam kemudian di imigresen Labu (Brunei), aik? Jem nanas juga? Kurang-kurang sangkut lagi 15-20 minit.
Ini bukanlah jem paling teruk aku pernah alami, masih boleh dikira tahap "biasa". Paling teruk aku pernah sangkut dalam jem hampir 3 kilometer panjang (bersamaan hampir 3 jam) di imigresen Kuala Lurah penghujung 2006 dulu (esoknya nak Raya Haji).
Imigresen Malaysia tadak masalah sebab kompleks CIQ Sungai Tujoh (Miri), Tedungan (Limbang) dan Mengkalap (Lawas) semuanya jenis moden, mempunyai banyak lorong yang akan beroperasi semaksimum bila musim-musim tertentu, hari-hari biasa mungkin cuma 2-3 lorong saja yang beroperasi.
Cuma aku tak berapa puas hati dengan imigresen Pandaruan (Limbang) dan imigresen Merapok (sempadan Sabah/Sarawak) yang suka buka kaunter di sebelah kiri pemandu, agak menyusahkan bagi yang memandu solo (macam aku), apa dia ingat ni Amerika kah?
Gambar hiasan - Bank Rakyat Pekan Beaufort. Banyaknya sampah slip!
Secara rasmi aku tiba di Pekan Beaufort dalam pukul 6.00 petang. Selalunya kalau imigresen dan feri lancar, aku akan tiba dalam pukul 4.00-5.00 petang. Dah tadak mood nak ronda-ronda Pekan Beaufort, lepas singgah di Bank Rakyat (duit dah habis ooo) aku terus balik Membakut dan seterusnya Kampung Pimping... TAMMAT (tiru ayat blog Geng Kereta Sapu)
[Entri Mini] Selamat Hari Gawai Dayak
Selamat menyambut Hari Gawai Dayak kepada rakan-rakan Iban, Bidayuh, Orang Ulu Sarawakian dan pembaca/pengikut blog AADI (terutamanya Garyjazz) yang menyambutnya esok dan lusa (1-2/6/2011) dengan ucapan Gayu Guru Gerai Nyamai. Harap terhibur dengan videoclip di bawah ni (one of my favourite Iban song)...
Anang palau tiga ari tiga malam ngirup tuak...
_____
Ada apa: Garu-garu rasa nyamai...
5 komen:
pehhh...gagah btol tgg feri lepas lalu imigresen.sabar jela.tunggu itu jambatan siap baru la lega skit
thanks for sharing ko nye travels ni. very informatif dah macam Amazing Asia pun ada.
nizam:
aku setahun 3-4 kali blk sabah drive, jd dah agak biasa keadaan mcm ni... apa blh buat, sabar sajalah, perlukan motivasi yg tinggi (nak blk sbb nak jumpa family, nak raya, nak kawin, dll)
deaf:
ikut pengalaman aku kdg2 spnjg perjalanan, ada juga benda2 pelik/menarik - kebakaran hutan, rmh terbakar, pokok tumbang, eksiden (eksiden pelik2) tp aku xnak buang masa turun snap gmbr
tgkla lps ni klu2 rajin jd wartawan :)
time cuti sekolah memang selalu jamm hetfield.
Aku pun tak suka travel time cuti sekolah...sentiasanya jamm...tapi nak buat camnerkan...bila anak2 dah start sekolah...nak tak nak memang sentiasa la terjebak...
jumaat ni aku bercuti...bersedia la nampaknya untuk aktiviti jamm hetfield...
btw..selamat menjadi raja beb..
Post a Comment