Selasa (31/5/2011) - Atas sebab-sebab peribadi, bass kegemaranku Ibanez ICB200EX Iceman bass aka Black Ice telah berpindah milik (let-go) kepada seorang bassist kidal, yang juga merupakan seorang rakan Facebook dan geng-geng underground Sabah.
Berada dalam axology aku selama setahun lebih, namun ia masih berkeadaan 9/10 walaupun selalu aku "belasah" tiap kali ada sessi jamming. Elixir strings yang ada pada bass ni pun belum pernah tukar semenjak aku beli sebab masih oke lagi (kecuali ada sedikit bulu-bulu coating).
Selamat tinggal Black Ice, harap kau akan terkenal (dengan gelaran Aisehmen) bersama tuan dan kugiran baru selepas ni.
Pencen? Eh belum pencen lagi... Tapi rehat untuk jangkamasa yang pendek (beberapa bulan). Selesai saja Projek Mega 2011 + aftermath, aku sambung balik muahahaha!~
_____
Ada apa: Ice ice baby...
6 komen:
iskh...nak dapat bini baru...semua pun jual??
heheh...
uish, bkn "semua" dijual... masih ada lg yg "tinggal"
yg "baru masuk" pun ada
ala dia ni standard la gemar bertukar2 pasangan.... ni la kalau ada penyakit mudah jatuh cinta... habis madu sepah dibuang.
aku tak sabar nak tunggu satu masa nanti di mana Ijau akan beli pakaian ibu mengandung, barangan bayi etc etc...review kat blog hahaha
bass baru lah tak lama lagi... jangan sampai tak main terus...
oriaj:
bukan RAKUS ka?
portdy:
pakaian ibu mengandung, barangan baby... berwarna hijau?
bro sub:
bass baru lama lagi...
Post a Comment