Entri ni sepatutnya disiarkan sehari sebelum hari raya (sebahagian daripada entri Diari Ramadhan 1432H), disebabkan agak sibuk nak mencari idea nak menaip dan paham-paham sajalah dah dekat nak raya, ia tersadai dalam bentuk draft.
Hidangan utama keluarga aku ketika hari raya (aidilfitri dan aidiladha) ialah kelupis, iaitu sejenis hidangan berasaskan beras pulut (glutinous rice). Di kampung aku (dan mungkin beberapa tempat lain di Borneo) lemang tak berapa "terkenal" untuk hidangan hari raya, jadi kelupis (atau hidangan pulut yang lain) merupakan penggantinya.
Sedia untuk dikukus.
Prosesnya agak ringkas dan senang berbanding membuat lemang. Beras pulut yang sudah dimasak dengan santan dan beberapa ramuan rahsia (di tempat aku, proses ini dipanggil "mendadih") dipindahkan dan dibungkus dalam daun pandan atau beberapa daun opsyen lain seperti daun kelapa dan daun palas (ada satu jenis daun aku lupa nama). Kemudiannya dikukus dalam tempoh masa tertentu sebelum dihidangkan.
Lamban, kelupis versi dibungkus dalam daun pandan (atau daun kelapa) dan diikat kemas dengan tali plastik, antara kuih yang biasa dijual oleh mak aku di tamu-tamu mingguan.
Kelupis ni biasanya tak tahan lama, mungkin paling lama dalam 24 jam kalau tidak disimpan dalam peti sejuk. Jadi kebiasaannya mak aku (dibantu oleh ahli keluarga lain, ye termasuklah menantu) akan menyediakannya sehari sebelum raya atau waktu malam raya.
Dihidangkan pada pagi raya sebelum pergi solat aidilitri (sunat makan dulu kan?) bersama-sama rendang, dan juga dihidangkan sebagai juadah utama kepada sanak-saudara dan tetamu yang berkunjung pada hari raya pertama (selalu "sold-out", raya kedua bergantung kepada mood kalau nak buat lagi).
[Diari Ramadhan 1432H entri #21]
_____
Ada apa: 8 Syawal... Masih lagi mood raya ke?
5 komen:
rasa manis? masam?
rasa pulut standard - lemak berkrim
aku rasa aku tak pernah makan lagi kot ni.
lamban pemanang tu
where i came from (Miri, sarawa) makanan yang bernama Kelupis ni lebih terhangat di pasaran berbanding ketupat dan lemang, even masa awal 90'an di Miri, org anggap lemang tu mcm makanan asing ajer haha...aku prefer kelupis kedayan (ikatan hampir sama dengan yg dlm pic lu tu bro)
Post a Comment