Sabtu (3/9/2011) - Kalau raya tahun lepas kami menonton filem Resident Evil: Afterlife versi 3D (Mrs. Ijau masih lagi berstatus *ehem-ehem*) di GSC Suria Sabah, raya tahun ni pula kami menonton filem Conan The Barbarian. Disebabkan versi 3D tidak lagi disiarkan (biasanya selepas minggu ke-3) versi 2D pun jadilah, sebab aku memang nak sangat menonton filem Conan reboot ni (aka Conan 2011).
Malangnya aku hanya terhibur dalam 30-40 minit pertama sahaja, bila dah masuk bab Conan dah besar aksi ganas makin berkurangan dan jalan ceritanya sudah agak "cair", seakan-akan sudah jadi seperti filem-filem swords and sorceries yang lain (Kull, LOTR, Narnia).
Kalau dibandingkan dengan filem Conan The Barbarian (1982) lakonan Arnold Schusahnaksebut Schwarzenegger (aka Conan 1982), ternyata Conan 1982 jauh lebih "advance" berbanding Conan 2011 dari segi watak (companions Subotai, Valeria, Akiro), jalan cerita, prop (detailed weapons, armours, buildings), muzik (dengar saja theme song Anvil Of Crom ni memang sudah cukup meremangkan bulu roma) dan pemilihan lokasi penggambaran yang memang eksotik. Walaupun waktu itu (80an) kesan khas "movie magic" dan teknolgi CGI agak terbatas. Namun demikian, John Milius dan krew mampu menghasilkan filem yang memang kvlt!
Conan The Barbarian (1982)
Imej Wikipedia.
Pertama kali menontonnya di kaca TV sekitar 1989-90, filem Conan 1982 ni antara filem yang tersenarai dalam "my all-time favourite films" selain Star Wars, Back To The Future, Indiana Jones dan filem-filem Clint Eastwood. Btw, aku ada dua versi VCD Conan 1982 ni (versi lanun dan versi ori Speedy) aku dah lupa di mana aku simpan, mungkin ada di kampung. Agaknya versi DVD pun aku ada kot?
Gambar hiasan - Kucing dan Koceng?
Oke, lupakan sejenak cerita pasal Conan. Kebiasaan selepas selesai aktiviti tonton-menonton (bukan Toriton) di GSC Suria Sabah ni, kami akan menuju ke Suria foodcourt yang berada di tingkat 3. Dengan ruang makan yang agak luas dan pemandangan laut serta Pulau Gaya yang agak mendamaikan, begitu juga dengan makanannya...
Ada dua gerai yang menjadi pilihan kami (aku dah lupa nama gerai), satu menyediakan makanan jenis dalam claypot, satu lagi jenis sizzling western food.
Black pepper chicken pilihanku.
Seafood claypot rice pilihan Mrs. Ijau
Black pepper chicken tu sama saja seperti di tempat-tempat lain, yang membuatkan ia agak menarik sebab ia dihidangkan dalam keadaan sizzling (sos masih mendidih/membuak-buak). Seafood claypot rice juga tiada apa-apa yang istimewa selain nasi, seafood (udang, sotong, bebola ikan) dan telur dimasak di dalam mangkuk tembikar (hence the claypot name) dalam keadaan masih panas.
_____
Ada apa: Conan's gory head-chopped fried rice...
7 komen:
conan ori ni dulu ada rasa meremang bulu roma. Elemen mistik.
tgk trailer pon dh taw tak sedap.mcm jugak amazing spiderman
aku belum tgk lagi ini Conan terbaru uhuk uhuk..tapi jangan jeles aku dah tengok Hantu bonceng hahahaha!!!btw, ttg Conan ni, remake ke atau jalan cerita berubah terus??
dr. ben:
manowar? hehehe
nizam:
aku xsmpt tgk trailer conan ni
korok:
reboot bkn remake, semua lain... jln cerita, watak, dll
klu ada filem xena the warrior princess mesti layan..
kalo reboot alamatnya lambat la die-hard fans (?) mcm kita ni nak terima Conan versi 2011 ni
kaboi:
klu filem xena, dressing kena power
adi lagi:
xblh terima langsung bro... arnold "governator" ttp conan sejati
Post a Comment