Isnin minggu lepas (27/2/2012) aku berkesempatan singgah ke kompleks membeli-belah The Spring Kuching (Jalan Simpang Tiga), selepas habis berseminar KIK di *Bangunan Sultan Iskandar yang tidak berapa jauh (within walking distance) dari kompleks ni.
*Yang pernah heboh dengan tragedi ngeri beberapa tahun lepas.
Daripada apa yang aku dengar, The Spring ni merupakan kompleks membeli-belah terbesar di Kuching. Mungkinkah ia sebesar 1Borneo? Akupun tak tahu, dan aku tak ada masa nak meronda-ronda sepenuhnya untuk mengetahui sebesar dan seluas mana kompleks ni disebabkan faktor masa dan sakit kepala.
Tujuan utama aku ialah untuk mencari premis Parkson, lebih spesifik bahagian barangan bayi. Ya, barangan bayi... Aku dah berjanji dengan Mrs. Ijau untuk membeli beberapa pasang pakaian bayi (from new born up to three months sized), rasanya tak perlulah aku terangkan kenapa.
Sambil membelek-belek pakaian bayi yang ada, aku tertanya pada diri sendiri "Eh? Apa yang aku buat ni?"... Tiba-tiba aku terasa sebak, sedih kerana gembira (?) mengenangkan tak lama lagi aku akan naiktaraf status dari Ijau 2.0 kepada Ijau 3.0 (insya-Allah dua bulan lagi).
Aku mula "buta warna" bila membeli pakaian bayi ni,
when all else failed, say my name...
Dalam perjalanan menuju pintu keluar, aku ternampak premis Speedy Video. Seperti biasa kalau terjumpa premis Speedy di mana-mana kompleks membeli-belah, memang aku akan singgah walaupun sekejap...
Cukup sejam di The Spring ni, akupun balik ke hotel di area Kuching Waterfront, memandangkan sakit kepala aku ni tidak menunjukkan tanda-tanda nak reda selagi tak dibawa rehat/tidur.
Oh ya...
Hasil rampasan perang dari Parkson...
Abaikan warna yang dipilih.
Dan hasil rampasan perang dari Speedy.
Aku teringat komen Portdy tak lama dulu (aku dah lupa dalam entri yang mana satu)... Finally bro! AADI dah ada entri berkaitan pakaian bayi! Hahaha~
_____
Ada apa: KRU?
5 komen:
tahniah dah pandai beli baju budak...heheh...
Bila dah jadi bapak...kekadang baju sendiri pun tak terbeli...lebih geram tengok baju budak2...tu lum part beli mainan...kekadang bapaknya yang berlebih2...haha..
ijau jr in green!
KRU takde, tapi ada dalam koleksi di rumah: FEMININ
ijau, ni tips dari kawan-kawan bini aku.
baju NEWBORN jangan beli banyak2. pakai sekejap sangat.
berteromber:
learning the ropes
tauke DEG:
say my name :D
bro sub:
hehe feminin
muspeed:
newborn xbyk, 0-3 months byk
Post a Comment