Dalam entri yang lepas aku tak sempat nak beli sebab was-was, kali ni aku berpeluang membelinya di pasaraya M dengan harga RM1.50 untuk botol 150 ml. Ia juga memiliki logo halal Majelis Ulama Indonesia. Diproduksi oleh PT Asia Health Energi Beverages, Babakan Pari, Sukabumi, Indonesia. Atas lisensi dari TC Pharmaceutical Industries, Co. Ltd. Thailand.
Setelah membuat pencarian Google/Wikipedia, Krating Daeng ni sebenarnya merupakan produk jenama dari Thailand - Krating Daeng (กระทิงแดง) bahasa Siam yang membawa maksud sama seperti kerbau merah. Jadi tak hairanlah kenapa penampilan dan logonya lebih kurang sama dengan Red Bull. Rasanya pun memang 100% sama seperti Red Bull.
"Red Bull is an energy drink sold by Austrian Red Bull GmbH, created in 1987 by the Austrian entrepreneur Dietrich Mateschitz, in partnership with Thai businessman Chaleo Yoovidhya, inventor of an earlier energy drink that had been popular in Thailand. In terms of market share, Red Bull is the most popular energy drink in the world, with 4.5 billion cans sold each year."
- Hype Wikipedia.
Tapi kalau minuman dalam kategori minuman tenaga (energy drinks) aku lebih suka Gatorade dan Booster Blitz (air cap kuda), tapi sekarang kedua-dua jenama minuman ni amat susah diperolehi di Bintulu ni.
_____
Ada apa: Dah lama tak buat entri pasal nanasmania kan?
3 komen:
boleh minum tapi jgn selalu bro...kandungan gula terlalu tinggi berbanding cola dan soft drink yang lain...org cakap la, aku anggok ajer hehehe
bkn gula, tp kafien... minuman mcm ni kandungan kafiennya lebih kurg sama mcm 3 cawan kopi... kat botol pun ada bg amaran jgn minum lebih dari 3 botol sehari
slalu aku beli minuman mcm ni utk long distant driving (pegi miri/sibu/mukah atau trans-borneo blk sabah)
dulu aku kerja malam tiga tahun straight.
tengok orang lain semua togok red bull, tapi aku tak boleh angkat ah. pekat semacam.
Post a Comment