Khamis nanti bakal menjalani audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), dan entri kali ni ada kaitan dengan OSH. Disebabkan tempat aku bekerja memang menitikberatkan OSH dan penggunaan alat perlindungan diri (PPE), jadi entri kali ni ada kaitan dengan PPE dan dunia muzik - earplug.
Ada beberapa jenis earplug boleh didapati di pasaran, yang paling senang dan murah ialah jenis pakai-buang (disposable) sama ada jenis silikon atau foam yang mudah didapati di premis-premis menjual perkakasan pertukangan dengan harga sekitar RM2.00-5.00 sepasang, 3M antara jenama kegemaranku. Aku suka jenis foam sebab ia agak selesa dipakai dalam jangkamasa yang lama berbanding jenis silikon.
Earplug yang dipakai ketika Opening Season Gig 2012.
Semenjak serik dengan tahap bunyi yang memekakkan ketika sessi jamming Manggas beberapa tahun lepas, aku sentiasa bersedia dengan sepasang earplug (biasanya disimpan dalam gigbag atau pedalcase). Begitu juga ketika menonton konsert atau gig, memang aku akan bawa sepasang earplug dan hanya akan dipakai jika tahap bunyi ketika itu agak memudaratkan (konsert Iron Maiden hari tu aku tak pakai pun~).
Aku tak kisahlah orang nak kata aku "poyo" atau "false metal" sebab pakai earplug waktu tengok konsert, gig atau semasa sessi jamming. Nanti kalau pendengaran dah terjejas (temporary or permanently) "true metal" ke "false metal" ke dah tak ada maknanya lagi.
_____
Ada apa: Tapi kalau pakai earmuff, nampak melampau pula kan?
3 komen:
try beli bendalah ni kat sepang time F1...konpem ko menyumpah...sama taraf ngan ribena kat Maiden Spore dulu tu...heheh...
SGD4 utk ribena mobile, ribena paling mahal pnh aku minum!
earmuff kalau pergi sepang ok la..tapi kalau pergi gig..kompom orang kata gila...hehehe
Post a Comment