Sessi jamming Metuk Ulau Projekt (MUP) yang bakal diadakan esok (7/7/2012) boleh dikatakan agak istimewa, kerana "meraikan" kembalinya seorang rakan yang kononnya telah berhenti main muzik beberapa bulan lepas demi mengejar hobi baru.
Dan atas "kesilapan" rakan tersebut, maka dia telah "didenda" supaya membelanja kami makan di Marrybrown (Bintulu tak ada McDonald's) yang kemudiannya digantikan dengan belanja jamming dua jam atas persetujuan ramai.
Flyer parody tema Marrybrown, hasil ciptaan rakan tersebut.
Untuk sessi ni, aku menyarankan agar gitar dan bass detune half-step menjadi Eb standard tuning supaya setiap vokal lagu yang dimainkan kurang "diteran" terutamanya untuk lagu-lagu vokal asal Bruce Dickinson. Kebelakangan ni kalau "meneran" lagu vokal tinggi, perut aku akan rasa sakit seakan-akan macam gastrik (mungkin otot diafragma kejang) selepas 2-3 buah lagu.
Ya aku bercadang menggunakan Mirage untuk sessi esok setelah lama disimpan dalam keranda ular putih. Detuning gitar yang bersistem Floyd Rose agak senang jika tau tekniknya, cuma kena siap-siap tuning di rumah dan bukannya terhegeh-hegeh semasa soundcheck baru sibuk nak detune.
Mungkin sessi ni juga menjadi pengganti kepada projek jamming marathon lapan jam yang tertangguh sejak tahun lepas walaupun kali ni hanya dua jam (sebab cuma satu band). Menurut penganjur (rakan yang didenda tadi), sessi jamming ini akan didokumentasikan dalam bentuk HD menggunakan Zoom Q3HD.
_____
Ada apa: Up the MUP! \m/
4 komen:
Hahaha selamat kembali!
aku sebenarnya kurang sehat masa sesi jamming td...sori la kalo performance aku kurang power haha..masih menahan kesakitan di bahagian Bowel (usus) td...
how's session? next post? :D
done, pls check next post
Post a Comment