Pada mulanya aku ingin membuat persembahan bersama Metuk Ulau Projekt (MUP), tapi disebabkan dua ahli MUP lain (Adi Herman dan Naz Korawk) ada komitmen bersama keluarga, jadi kami membuat persembahan sebagai Hepi;). Dan dengan tambahan Jo sebagai bassist jemputan, kami beraksi sebagai 4-piece band.
Setlist. |
My simple gig rig - sekarang dah guna Zoom G2Nu, dah tak guna stompbox Danelectro lagi walaupun Hartke VXL masih kekal digunakan sebagai EQ, pre-amp dan booster yang kemudiannya disambung terus ke PA system.
Seperti yang dijanjikan, aku telah mendapatkan beberapa gambar dari juru kamera rasmi jabatan, bertanda ©RA (Ramdan Adenan).
Last minute soundcheck... Eh? Jersi ungu? Ungu D. Koceng? Itu jersi rasmi kumpulan/rumah sukan aku iaitu Ultra-Violet (hence the purple). Persembahan bermula sekitar 9.10-9.15 malam dengan masa yang diperuntukkan selama 20-25 minit.
Aku lebih selesa menggunakan Goldie berbanding Mirage untuk persembahan live/gig, does it mean I'm a Les Paul kinda guy?
Azrol menggunakan GRX40 yang disambung terus ke VT40+, menggunakan efek dalaman yang diakses menggunakan VFS5. Oh ya, Azrol ni merupakan anak sulong kepada seorang staff jabatan.
Jo, bassist undangan kami menggunakan bass baru aku GARTB20 (belum ada nick) yang disambung terus ke CR50BXT tanpa sebarang efek.
Dengan drumset digital Medeli DD506. |
Adakah disebabkan kami dah lama tidak beraksi sebagai Hepi;)? Atau kurang latihan? Atau tiada keserasian "chemistry" dengan bassist jemputan? Atau disebabkan reaksi penonton yang biasa-biasa saja membuatkan morale turun?
Tapi bila kami memainkan lagu Anak Kampung dengan penyanyi jemputan "tuai rumah" Manggai, penonton mula sing-a-long beramai-ramai siap ada yang ber"sumazau". Aku rasa lagu ni agak happening malam tu.
Lagu terakhir ialah Acoustic Song (Bruce Dickinson cover) dimainkan secara "akustik" oleh aku dan Azrol (tanpa bass dan drums), juga mendapat reaksi yang "tawar" di kalangan penonton.
Bergaya dalam gelap. |
_____
Ada apa: Memang berbeza buat persembahan live/gig di hadapan "commoners" berbanding "metalheads"
6 komen:
Audience tak sesuai untuk setlist. Setlist Cadangan:
1. Cek Mek Molek - M. Daud Kilau
2. Kenanganku - Jeffrydin
3. Hidup Bersama - Main versi XPDC pun takpa
4. Anak Kampung
hehehe
aku setuju komen mus...
palylist ndak ngam sama target market...
kalau aku yang perform untuk acara macam ni playlist aku adalah seperti berikut.
1. bunyi gitar
2. munajat cinta
3. lagu tempatan (kalau di sarawak lagu iban or melanau ka...)
4. any of lagu 60's
5. anak kampung
encore:
1 poco - poco (lagu2 yang boleh crowd layan menari)
2. Main lagu slow (kasi crowd rehat ambil napas lepas layan poco2) Lagu belaian jiwa ka... or lagu duet ka..
3. baru antam lagu cannibal corpse ahahahahahaha
crowd cengini patut main lagu dangdut ajer...
heheh...
klu setlist mcm yg disarankan, baik karaoke je...
tp mmg btl la, next time klu ada majlis mcm ni malas dah aku & geng2 hepi;) nak buat persembahan live... letak je set karaoke, xbyk kerja audio/video & logistik
sekarang baru kau faham macam mana perasaan aku perform dgn band ofis aku,setiap kali event ofis aku dibuat...paling teruk aku main kibod hehehe aiya kurang metal la!!!
hahahaha.... ibarat rusa masuk kampung...aku dapat agak..ramai yang ternganga mendengar nya... kompom lepas ni kena banned dari adakan persembahan kecuali diorang kasi list lagu...
Post a Comment