Sabtu (7/7/2012) - Marrybrown Ultimate Project (MUP) sebenarnya adalah parody untuk Metuk Ulau Projekt (juga MUP) seperti yang telah dijelaskan dalam entri lepas.
Sessi jamming yang pada mulanya dirancang di Z-Studio terpaksa ditukar ke Amazika Studio (Medan Raya aka Assyakirin Commercial Centre) pada saat-saat akhir akibat kesesakan lalulintas di area bandar lama Bintulu disebabkan Bintulu Regatta 2012.
Setlist untuk sessi kali ni, walaupun ada beberapa lagu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab kurang latihan dan bunyinya agak pelik guna Eb standard tuning.
Kabel-kabel yang berserabut.
Gambar-gambar berikut aku snap selepas sessi jamming waktu dah kemas-mengemas. Gambar semasa kejadian mungkin ada akan dalam entri blog Geng Kereta Sapu nanti (bila mau update?).
Selamat kembali ke kancah muzik bawah-tanah Bintulu
wahai penganjur yang "didenda".
Pemain bass yang katanya sedang "bertarung"
dengan diarrhoea semenjak beberapa hari lepas.
Our very own guitar virtuoso - sessi jamming MUP
mahupun Hepi;) tak akan menjadi tanpa shredder ni.
Yang ni tukang makan mikrofon.
Daripada pengalaman sessi kali ni, kelebihan guna Eb tuning - vokal tak berapa tarik/teran untuk lagu-lagu pitch tinggi, jadi perut tak senak dan boleh bertahan vokal selama dua jam. Kelemahan guna Eb tuning - beberapa lagu terasa pelik bunyinya sebab tuning agak rendah
Bob Kandar yang katanya ada terlibat dalam Bintulu Regatta 2012 terpaksa balik awal, dan digantikan dengan drummer asal MUP iaitu Rashid Malim (Curse Of God).
Sebenarnya aku tak berapa suka jamming di Amazika ni sebab semua output equipment (gitar dan mikrofon) disambung terus ke PA system, hanya bass sahaja yang ada amp berasingan (unknown brand on studio A, Hartke A35 on studio B). Tapi kelebihannya ada ruang rehat untuk sessi lepak-melepak dan berborak kosong selepas jamming...
Merokok membahayakan kesihatan (orang lain).
Sessi jamming kali ni juga boleh dikatakan agak meriah atas kehadiran beberapa rakan dari pergerakan bawah-tanah Bintulu yang lain - Erectus, Curse Of God dan Bintulu Buskers sebagai penonton dan groupies.
Sessi gambar kenang-kenangan sambil mempromosikan Eternal Zine #2.
Berkemungkinan besar ini merupakan sessi jamming terakhir sebelum bulan puasa (belum tentu). Tapi menurut perancangan Korawk (sebagai tauke Noise Of Borneo), sessi sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memeriahkan kembali kancah muzik bawah-tanah Bintulu yang agak lesu. Dan tak lupa sessi tadi 80% telah dirakam menggunakan Q3HD kepunyaan Korawk.
_____
Ada apa: Damn~ I look fat...
6 komen:
aku langsung x ambik satu gambar pun hahaha, tapi boleh dikatakan sound yang dirakam menggunakan Q3HD sesuai untuk indoor(maksud aku indoor yang tak berapa besar sangat, studio amazika. Z studio kira ok dia punya sound, padat, berbanding dengan video gig unholy triangle metalfest 1 yang aku amik minggu lepas, dimana dalam kelab yand ada sedikit luas, mungkin perlu belajar setting Q3HD sedikit demi sedikit dan penambahan aksesori)
kan blh guna screenshot ambil drp video2 Q3HD... ataupun minta gmbr drp nasuki
masih gelap juak, lighting kat amazika terlalu gelap berbanding Z- Studio , tapi xpa mun ada kesempatan aku akan burnkan dalam CD hasil jamming tadik
paling aku suka function Q3HD ialah dpt jadi condenser mic, sesuai la buat home recording.next time jamming, kita cuba Bara Studio lagik la....
klu gamer sayur ada kan bagus, blh tolong jd cameraman...
caught somewhere in marrybrown! nice one :D
Post a Comment