Berkesempatan mengunjungi Sri Ting Auto Service, sebuah pusat servis diiktiraf Perodua pagi Sabtu lepas (petangnya jamming MUP) untuk menghantar Imago aku menjalani servis 75k.
Mungkin disebabkan Sabtu ni merupakan Sabtu kedua selepas gaji, jadi tak ramai yang menghantar kereta untuk diservis. Biasanya kalau Sabtu pertama selepas gaji memang jenuh menunggu giliran.
Sebenarnya odometer Imago aku belum lagi mencecah angka 75k walaupun dah berusia enam tahun (11/7/2006) manakala tarikh sepatutnya diservis adalah pada bulan Mac yang lepas. Bacaan odometer aku masih lagi di bawah 74k jadi mekanik Perodua menyarankan agar servis major dilakukan pada servis berikutnya (80k+).
Masih lagi comel walaupun dah berumur enam tahun :)
Beberapa hari kemudian pula selepas balik kerja, aku menghantar Imago aku ke premis Metro Tyre untuk servis tahunan berkaitan tayar (rotation, balancing and alignment). Kenapa aku tak buat sekaligus di Perodua? Entahlah, mungkin disebabkan aku dah biasa mengunjungi Metro Tyres seperti tahun-tahun lepas untuk servis berkaitan tayar.
Kadang-kadang geram juga bila tengok sport rim dan tayar berprestasi tinggi yang dipamerkan di dalam premis ni. Waktu mula-mula berkereta dulu aku hampir-hampir membeli set rim 15" dan tayar yang baru gara-gara terpengaruh dengan rancangan Pimp My Ride.
Sekarang ni memang dah tak ada minat nak mengubahsuai, sebab aku masih selesa dengan penampilan "standard" Imago aku, semuanya masih lagi "stock" kecuali tayar, bateri dan pemain CD (spark plugs, belting, gasket, oil filter and all other mechanical fluids was a different story).
Cerita pasal servis Imago ni sebenarnya adalah persediaan untuk perjalanan jarak sederhana balik kampung Mrs. Ijau hujung minggu ni, nak bawa Lil'Ijau balik berjumpa atuk, nenek dan sanak-saudaranya di Dalat.
_____
Ada apa: Hmmm, tajuknya "The Tripleness Of A Moderate Distance Driver"...
1 comment
Safe ride bro!
Post a Comment