Selasa 17/7/2012 - Hari ni Mrs. Ijau dan Lil'Ijau ada temujanji bulanan/imunisasi di Klinik Kesihatan Bintulu (KKB) sekitar pukul 11.00 pagi. Kali ni kami tidak lagi ke KKB lama yang agak "old school" seperti bulan-bulan lepas kerana KKB baru (yang terletak bersebelahan Balai Bomba Bintulu) telah mula beroperasi mulai 16/7/2012.
Bangunan KKB baru yang juga menempatkan Pejabat Kesihatan Bintulu di bahagian atasnya. Ia memiliki kawasan yang agak luas dengan tempat meletak kereta yang banyak, jadi mencari tempat letak kereta kini tidak lagi menjadi masalah.
Kaunter pendaftaran dengan tempat menunggu giliran yang luas dan selesa. Keseluruhan ruangan dalaman KKB ni berhawa dingin, "haruman 1Malaysia" juga tidak lagi menjengkelkan hidung anda.
Panduan aras dan pelan lantai yang ringkas, tak mungkin anda akan sesat di KKB ni, kecuali anda jenis buta arah macam Roronoa Zoro.
Klinik Ibu dan Anak tetap sesak seperti di KKB lama. Disebabkan KKB ni baru beroperasi hari sebelumnya, mungkin temujanji minggu lepas dibawa ke minggu ni kot? Tapi tak mengapa, walaupun keadaan yang sesak, masa menunggu giliran tidak sampai pun 15 minit (kelebihan sistem temujanji).
Temujanji bulanan/imunisasi Lil'Ijau yang berikutnya adalah pada 17/8/2012 (dah dekat raya ni), maka temujanji berikutnya akan dibuat di Klinik Kesihatan Membakut...
_____
Ada apa: Temujanji? Janji ditepati?
4 komen:
aku tak suka janji melayu, tapi diri aku sendiri sampai skarang masih lagik.
kena pandang keliling dulu sebelum sebut ayat Janji Ditepati....takut org salah anggap blog kau ni blog politik heheheh
deaf:
janji diana
adi:
apa tema sambutan kemerdekaan tahun ni?
bakal calon Adun Bintulu nih...kalau menang kasi gig setiap tahun...hahahahah
Post a Comment