Ahad 15/7/2012 - Sebelah pagi berkesempatan ke tamu Dalat bersama Mrs. Ijau untuk membeli buah tangan yang bakal dibawa balik ke Bintulu keesokan harinya. Tamu ni terletak di pekan Dalat, lebih kuran 5 km dari kampung Mrs. Ijau, dan tak jauh berbeza daripada tamu di pekan-pekan lain di Borneo ni (contohnya tamu pekan Membakut).
Menjual hasil kraftangan dan kuih-muih tempatan.
Selama ber*ehem-ehem*kan dan seterusnya beristerikan orang Dalat, kira inilah kali pertama aku pergi ke tamu Dalat, sebelum ni aku hanya ke pekan Dalat pada hari-hari biasa dan tidak berkesempatan ke pekan Dalat pada pagi hari Ahad.
Antara buah tangan yang dibeli ialah kuih-muih tempatan yang juga tak berbeza daripada apa yang dijual di tamu-tamu lain. Cuma yang agak menarik perhatian aku ialah cara pembungkusannya yang agak comel dengan harga antara RM1.00-1.50 sebungkus.
Tebaloi mini.
Sebelum ni aku cuma pernah membeli tebaloi (sejenis kuih tradisional masyarakat Melanau) yang bersaiz anggaran 10 x 10 cm, tapi di gerai ni ia didapati pada saiz yang agak mini anggaran 5 x 5 cm.
Sekali imbas nampak macam taufufah, tapi urgh~ rupa-rupanya jeruk ikan (ikan pun boleh dibuat jeruk?). Aku tak makan ikan, jadi aku tak berapa nak ambil tahu makanan yang diproses daripada ikan. Mungkin resepinya lebih kurang macam budu dengan spesies ikan yang berbeza kot?
Di tamu Dalat ni pun ada juga dijual pakaian "bundle", tapi nampak tak menarik dan kurang pilihan, tidak seperti di tamu pekan Beaufort yang jenuh nak memilih sebab terlalu banyak.
Lain-lain barangan yang dijual di tamu ni rasanya tak ada yang menarik, sama sahaja seperti tamu, pasar tani atau pasar malam lain...
_____
Ada apa: Tebaloi memang berbaloi.
4 komen:
mana entri psl event kita mlm tadi boss? hahhaa
drafted...
tabaloi tu apa? macam rempeyek ke?
Tebaloi tu jnis kuih jugak . Xsma rsa dgn rempeyek . Klau nk cba bleh dtg ke grai saya.DALAT
Post a Comment