Satu lagi perolehan dari LYN
Street Mart yang diterima beberapa minggu lepas (Rabu, 26/09/2012). Kali ni bungkusan poslaju diterima dari LYN user
ariffdude yang juga merupakan seorang rakan Facebook.
Ia berisi pedal efek gitar berjenama Moen model Buffalo
MO-BA - speaker simulation with DI. Walaupun berstatus terpakai (used) tapi ia masih lagi baru (sebulan) dengan harga perolehan sekitar 79% daripada harga asal.
Fungsi utama pedal ni ialah sebagai speaker simulator, tapi aku akan menggunakannya sebagai preamp dan solo booster, sama seperti Hartke
VXL dan ex-Behringer
GDI21. Ia juga boleh digunakan sebagai headphone amp untuk praktis senyap.
|
Kemasan "camo" yang menarik. |
Penampilannya (selain kemasan) saling tak tumpah dengan pedal jenama Moen yang pernah aku ada sebelum ini iaitu Violent Metal
MO-VM. Walaupun aku pernah mengalami masalah "true bypass" dengan MO-VM, tapi MO-BA ni tidak mengalami masalah tersebut.
|
Enam tombol untuk mengolah bunyi. |
|
Ruangan bateri yang senang diakses. |
|
XLR balanced output. |
Fungsi kedua ia juga boleh digunakan sebagai
DI unit dengan XLR balanced output. Semenjak berkecimpung dalam beberapa persembahan "live band" bersama Hepi;) mahupun
Metuk Ulau Projekt (MUP), DI unit antara gajet yang penting dan boleh dikira wajib ada.
Sekarang aku menggunakan VXL sebagai preamp, booster dan DI pada jamming rig aku, jadi pedal ni akan dijadikan sebagai backup ataupun untuk kegunaan di rumah sebagai headphone amp.
_____
Ada apa: Ariff, bila mau kemaskini
blog?
2 komen:
menarik benda ni ...
Ni jangan tertinggal dalam hutan, he he...
Post a Comment