Ia dipesan oleh seorang rakan artis tempatan pada hari-hari terakhir YES sebelum CK Music tutup untuk cuti tahun baru.
Barang apa pula dipesan kali ni?
Bungkusan tadi berisi Zoom Multi Stomp MS-50G dan Korg Pitchclip tuner. Pitchclip tu aku yang punya (cerita entri ni), menumpang sekali untuk menjimatkan kos penghantaran hehehe...
Kandungan - pedal, manual, bateri (AAx2), resit dan kad waranti CK Music. |
Badannya nampak macam plastik (macam BDI21), tapi sebenarnya logam. |
Sayangnya USB port yang ada hanya digunakan untuk firmware updates sahaja dan bukan untuk rakaman menggunakan perisian DAW. DC 9V 500mA, sesuai untuk adapter Zoom AD-16E (tidak disertakan). Oh lupa, juga boleh dikuasakan dengan menggunakan USB port tadi sama seperti pedal G-series lain (G1u, G2Nu, G3) yang mempunyai USB port.
Ruang bateri yang senang diakses. |
Simple test rig; Goldie - MS-50G - LX12. |
Kesimpulan?
- Ia merupakan G3/G5 yang diringkaskan menjadi sebuah stompbox.
- Standard bunyi macam Zoom G-series yang lain (chipset sama?).
- Berbaloi - jika anda belum ada apa-apa multi-effects atau anda seorang penghuni kem stompbox.
- Membazir - sekiranya anda sudah ada multi-effects Zoom G-series yang lain. Kalau beli untuk koleksi, itu lain cerita...
Oh ya, juga menerima sebuah mini album (EP kot?) dari kugiran tuan punya pedal ni secara percuma. Aku anggap ia sebagai hadiah harijadi hahaha... Thanks Chop. Ulasan? Mungkin entri lain.
_____
Ada apa: MUUV tak buat entri pasal EP ni?
3 komen:
sedih...takda. buat review di Molotov Cocktailz saja la. MUUV pageview kurang.
Haha..plah jak review..honest review k.haha.
Haha..plah jak review..honest review k.haha.
Post a Comment