Menurut info Portdy, album A-Live yang asal keluaran BMG, yang ni pula keluaran Warner Music. Pada pendapat aku, mungkin sebab nama A-live dan gambar muka depan asal dah berdaftar dengan BMG (copyrights/legal issue), maka album ni diberi tajuk dan gambar muka depan lain. Tapi itu hanya pendapat dan andaian aku, sekiranya ada rakan-rakan bloggers lain yang ada info mengenai isu ni bolehlah jelaskan pada ruangan komen.
Walaupun tarafnya hanyalah versi cetakan semula, tapi ia tidak kedekut seperti cetakan semula album-album lain. Inlay yang berhelai-helai lengkap dengan lirik, beberapa gambar, senarai ahli muzik, juru rakam, juru adun, penerbit, dll.
Tracklist
- Tahun 2000
- Jejak Ke Syurga
- Akal Vs Jiwa
- Blues Bee
- Blues Felda Blues
- Irama Kasih
- Munafik
- Perjalanan
- Hujan
- Tuhan Yang Tahu
Dengan line-up yang mantap ala super group - Samad, Wan Ahmad, Hamid Ahmad, Tom Anuar dan Yazit Search membuatkan album ni agak unik walaupun dirakam secara santai. Teringin juga nak buat gig santai Metuk Ulau Project sebegini dan dirakam audio/video seperti Oktoberfest tahun lepas. Mungkin akan diusahakan bersama Korawk kemudian...
Dalam album ni aku paling suka lagu Perjalanan, versi yang lebih heavy metal berbanding versi asal Sweet Charity yang agak rock and roll, arwah Samad memang gulung habis macam Dave Murray!
Album ni dulu (versi mp3 je) aku layan sekitar tahun 2002, waktu bulan-bulan terawal bekerja semula di Penang selepas graduasi USM tahun sebelumnya. Sedikit sebanyak terkenang kembali nostalgia...
_____
Ada apa: Tunggu Portdy buat ulasan versi VCD karaoke.
10 komen:
ooo...best ni...dah keluar versi cd yer...aku masih simpan versi kaset...nak kena cari jugak ni..
Portdyyyyy....tolong belikan aku satu....
Wah..dah rilis balik album ni?live yg ni mmg best,santai n relaxs..yg penting suara abg ramli tetap power
Last ramli sarip main ngan yazit search ngan hamid bdb was with ian antono untuk smoke on the water 40 years.
Hamid selalu support sweet charitytapi ni aku dah tak tahu cammana. I really feel sad for hamid nye issue kat china tu. I hope dia ok. Because i think malay mmusic fans semua tahu dia legend. Tu hari i think was one show kumpul duit untuk dia or something.
lagu blues bee memang terbaik!
Show kat Hardrock Melaka
malam 29.9.2013
Bass = Fauzi (xsearch/NRG)
Keyboard = Kudin Headwind
tiada percusionist, just Rock n Roll!
Fauzi Bass playing sekali dengar dah macam Legendary Brother JAy Jay...
cukup berbunga dan groove...tepat setiap note.
but Still missing Hamid BDB and Syed Hassan Al Attas.
lupa nak mention, Tom (xlefthanded / revolvers) fill in two song: Smoke in the water and Kamelia.
aku lahir di FELDA dan dibesarkan di FELDA.
aku salute gile RAMLI SARIP.
Blues FELDA Blues!!!
berteromber:
cuba check versi kaset keluaran BMG jugak ke?
rafi:
suara tekak berdarah!
deaf:
kdg2 ahli muzik otai yg low-profile dilupakan
adi:
kompom blues bee? atau blues felda blues?
portdy:
review please...
pck:
semenchu?
huh semenchu? aku felda sg. sayong + felda nitar.
blues bee...haha tak salah...itu yg tepat
Post a Comment