Keinginan untuk mencuba pikap jenama/model lain pada
Calypso membuatkan aku menggantikan kombo DiMarzio stok yang ada - Evolution dan Tone Zone (
DP158/
DP155) dengan kombo DiMarzio
Air Norton dan
D-Activator (
DP193/
DP220) yang ada dalam stok peribadi.
 |
Stock Evolution + Tone Zone. |
Aku juga mengeluarkan push/pull pot EP1201PP yang dipasang
beberapa minggu lepas dan kembali menggunakan pot asal (CTS
450G) yang lebih tegap, aku hanya perlukan full humbucker pada gitar ni dan tak perlu split-coil sesuai dengan fungsinya sebagai gitar pentas (stage guitar) - simplicity.
 |
Aftermarket Air Norton + D-Activator. |
Kedua-dua pikap ni kurang berbau jeruk, tidak seperti PAF 36th Anniversary dan Super Distortion (DP103/DP100) dalam
entri ni. Pikap asal akan disimpan dalam stok peribadi, macam sayang nak jual sebab pikap DiMarzio yang ada label pada bobbin memang masuk tahap "rare". Mungkin akan dipasang pada gitar lain (sekiranya ada).
Pemasangan hanya mengambil masa setengah jam tanpa sebarang pengulangan disebabkan pikap, pot dan suis dipasang pada pickguard, memudahkan kerja-kerja pematerian selain pendawaian yang ringkas.
Sekarang pikap-pikap pada
Calypso ni tidak lagi memiliki label "DiMarzio" dan nampak lebih low-profile, hehehe...
Bunyi? Bab ni susah aku nak terangkan, cuma daripada pendengaran layman aku, DP220 ni lebih treble dan nyaring berbanding DP155, dan pastinya lebih sesuai untuk high-gain distortion aka metal (antara sebab utama aku memilih pikap ni). DP193 pula bunyinya agak "bulat" dan PAF-ish seakan-akan DP103.
Akan cuba di"pandu-uji" dengan amp besar studio sekiranya ada sessi jamming untuk menikmati prestasi bunyi-bunyian secara optimum.
_____
Ada apa: Nanti dah bosan, boleh tukar pikap lagi, hehehe...