Seperti entri merapu
tahun-tahun sebelumnya, bulan Mac ni secara tak langsung genap lima tahun aku dah berkecimpung dalam hobi bermain muzik. Bermula dengan bass, kemudian gitar, kini dengan tambahan modifikasi elektronik gitar (pasang pikap) dan live sound system.
Agak lucu rasanya bila membaca kembali entri-entri lama yang berkaitan dengan perjalanan dan perkembangan perhobian aku ni sejak 2009.
|
Cilok dari Facebook Chef Rezal. |
Rasanya tahun lepas (2013) aku agak aktif berkecimpung dalam kancah muzik bawah dan atas tanah Bintulu berbanding tahun sebelumnya, dengan menyertai beberapa gig dan persembahan awam (
BMF2013,
LPG-REG,
YOLO,
Bike Week,
Live In Kemunting,
Rock Nite) bersama rakan-rakan
Metuk Ulau Project. Tak lupa juga sessi jamming/duo yang boleh dikatakan hampir sebulan sekali.
Untuk 2014 aku tidak menaruh harapan yang tinggi, cuma ingin menyiapkan
projek lagu sendiri yang setakat ini masih belum ada lirik (yang sesuai). Perlu ada sekurang-kurangnya sebuah lagu sendiri, taklah nanti asyik main lagu cover saja semasa gig ataupun persembahan awam.
|
IDK Sig Mark IV? |
Mungkin juga akan lebih fokus kepada bass jika tiada siapa yang nak main bass untuk MUP, ataupun mengaktifkan kembali band 3-piece lama aku iaitu Hepi;) jika yang tinggal dalam MUP hanyalah kami bertiga (aku, Azrol, Bob Kandar).
_____
Ada apa: Another wasted year...
5 komen:
Tahniah™
more good years!!!
tua dah....
heheh....
dah ada lagu..alang2 kuar demo terus..
adi & deaf:
terima kasih
berteromber:
itulah kenyataan
d'arsil:
belum sampai ke tahap utk buat demo, buat lagu pun dah terkial2
Post a Comment